Lukisan atau aktiviti melukis merupakan satu bentuk ekspresi yang memerlukan teknik yang sedikit berbeza dari seni lakonan atau nyanyian.
Biarpun berbeza, artis yang melukis tetap perlu mempunyai perasaan atau pemikiran serta kemahiran untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada audiensnya.
Bagi Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anuar Salleh, menerusi lukisan, artis dapat meluahkan atau menzahirkan apa yang dihasratkan.
Jelas beliau masyarakat perlu memahami perkara ini untuk lebih menghargai peranan artis atau hasil seni seperti lukisan.
"Masyarakat perlu faham ini adalah satu ekspresi yang membuka minda atau membuka perasaan baru kepada penonton," jelasnya yang memulakan kerja sebagai penggiat teater sebelum beralih ke filem dan kemudiannya menyertai organisasi media.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika pelancaran Pameran Lukisan 16 Artis di Galeri Shah Alam baru-baru ini.
Kali terakhir Khairul mengadakan pameran ialah kira-kira 30 tahun lalu dan selepas itu, beliau terpaksa melupakan minat tersebut kerana sibuk dek tugas di organisasi korporat.
Selepas sekian lama tidak meluahkan perasaan di kanvas, dua tahun lalu Khairul kembali menyambung minatnya, berpencak dengan warna dan berus.
Hasilnya, beliau menyertai pameran di Galeri Shah Alam ini.
"Rakan saya, Sabri Yunus, yang memperkenalkan kepada penganjur, dan saya rasa ini masanya untuk saya kembali menghasilkan lukisan," cerita beliau.
Khairul juga berpendapat, seseorang artis perlu sentiasa berkarya kerana dalam setiap hasil seni itu akan muncul tanda-tanda yang merakamkan perasaan dan pemikiran pada satu zaman.
"Perasaan dan pemikiran waktu itu mungkin dapat diangkat satu masa nanti, kerana secara langsung atau tidak langsung ia menggambarkan keadaan masyarakat pada ketika itu," katanya lagi.
Bagi salah seorang penyanyi kumpulan Kopratasa, Sani Sudin, beliau telah lama melukis namun tidak pernah menyertai mana-mana pameran atau menunjukkan hasil kerjanya kepada sesiapa.
Namun, semuanya berubah apabila teman baiknya, Aris Aziz yang juga seorang pelukis potret terkenal, datang ke rumah dan melihat lukisannya.
"Bila Aris tengok, dia cakap lukisan saya itu bagus dan sepatutnya dipamerkan. Dari situ, saya tidak lagi malu untuk tunjuk lukisan saya," katanya.
Bercerita lanjut, Sani menganggap pelukis atau sesiapa sahaja penggiat seni, menjalankan tanggungjawab mereka sebagai motivasi kepada masyarakat dan diri sendiri.
"Platform seni ini adalah platform motivasi, sama ada ia teater, lukisan atau penulisan. Ia platform untuk kita memotivasi diri untuk membina satu keperibadian yang bagus, walaupun kita tahu hidup kita sebagai manusia sebenarnya tidak pernah siap," ujar beliau.
Pelakon yang memiliki nama asal Muhammad Yunus Abdul Rashid atau lebih dikenali Ebby Yus pula menganggap menerusi karya seni tidak kira lakonan, nyanyian atau lukisan, artis dapat menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat.
Katanya, artis atau penggiat seni perlu memahami apa kaedah atau cara yang mahu digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat.
"Contohnya kalau saya, dalam berlawak, kalau saya ingin menyampaikan sesuatu yang berguna untuk masyarakat, saya akan sampaikan dalam bentuk itulah.
"Tetapi, kalau ia sekadar hiburan, maknanya hiburanlah. Ia bergantung juga kepada masyarakat yang melihat, menyaksikannya. Sama macam lukisan juga. Sebenarnya, dalam bentuk yang begini banyak perkara yang tersurat," katanya.
Bagi Mohd Yusof Ahmad atau lebih dikenali dengan Usop Kopratasa, sekolah memainkan peranan penting untuk memastikan masyarakat dapat menghargai seni.
Katanya, menerusi pendidikan seni masyarakat akan didedahkan dan diajar bukan hanya tentang bagaimana menghasilkan atau mempersembahkan sesuatu hasil seni tetapi juga kepentingan sesuatu hasil seni itu untuk dihargai.
Dari situ, jelas beliau, masyarakat akan lebih menghargai bukan sahaja hasil-hasil seni tetapi juga penggiat-penggiat seni itu sendiri.
"Sebenarnya sekolah memainkan penting mengajar masyarakat kita untuk menghargai, kalau tidak memiliki pun, seni lukis.
"Maknanya, pendidikan untuk menghargai seni itu perlu bermula di sekolah. Itu yang paling penting," ujar beliau.
Berkongsi pandangan yang sama, pelakon Saiful Redzuan Abu Bakar atau Wan Raja yang pernah menjadi pensyarah seni di salah sebuah institusi pengajian tinggi berpendapat, mata pelajaran seni sering dianaktirikan.
"Mata pelajaran seni adalah mata pelajaran yang paling dianaktirikan. Pendidikan seni dianaktirikan. Ia dijadikan mata pelajaran elektif.
"Sudahlah elektif, yang ambil itu pun, sekadar untuk cukupkan markah sahaja. Maksudnya, dalam dirinya, tak ada ketetapan hendak belajar tentang seni betul-betul," jelasnya.
Pameran seni visual berkumpulan di Galeri Shah Alam ini berlangsung dari 15 Julai hingga 23 Ogos ini. Ia telah dirasmikan pengarah filem tersohor, U-Wei Haji Saari.
Irwan Muhammad Zain
Thu Aug 08 2019
Masyarakat perlu lebih memahami dan menghargai karya-karya seni. - Astro AWANI/Shahir Omar
PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia-Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.
The Future Is Female: Sustainable Development — Science Panels of the Amazon & Congo Basin
The Amazon and Congo Basin rainforests are two of Earth’s most vital ecosystems, yet they face threats that could forever alter their futures—and ours. These ecosystems are under immense pressure from deforestation, exploitation, and the mounting impacts of climate change. Established under the UN Sustainable Development Solutions Network (UN SDSN), the Science Panel for the Amazon and the Science Panel for the Congo Basin are bringing together the world’s leading scientists, Indigenous voices, and policymakers to deliver solutions that could shape the future of these vital regions. On this episode of The Future Is Female, Melisa Idris speaks with Emma Torres, Vice President for the Americas, and Head of the New York office for the UN Sustainable Development Solutions Network. She’s also the Strategic Coordinator of the Science Panel for the Amazon, and the Science Panel for the Congo Basin.
Fokus Minggu Depan: Membina era kecerdasan yang lebih mampan & inklusif
Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland menjangka memberi tumpuan untuk memupuk semangat kerjasama dan keyakinan yang membina dengan matlamat membentuk era kecerdasan yang lebih mampan dan inklusif.
JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.
AWANI Ringkas: Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persatuan OKU Sentral harap tindakan keras terhadap pelaku kes pukul di Terengganu
Persatuan OKU Sentral berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat kes pukul seorang lelaki OKU.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Januari 2025
1️⃣ Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
2️⃣ Amaran hujan berterusan di Sarawak
3️⃣ Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
#awaniringkas
1️⃣ Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
2️⃣ Amaran hujan berterusan di Sarawak
3️⃣ Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
#awaniringkas
PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) hari ini.
WEF 2025: Apa yang jadi tumpuan utama?
Editor Niaga AWANI, Najib Arof membawakan perincian terkini Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
AWANI Global: Kepresidenan Trump 2.0
Apakah strategi dasar luar dan polisi baharu pentadbiran Donald Trump, Presiden ke-47 Amerikan Syarikat? Sejauh mana ia memberi kesan terhadap hubungan luar negara? Diskusi dan analisis bersama Prof Shakila Yacob dalam AWANI Global 9 malam ini.
Hasrat yang dilepaskan di kanvas
Artis tetap memerlukan perasaan atau pemikiran serta kemahiran untuk menyampaikan sesuatu hasrat.