KITA biasa mendengar tentang hobi mengumpul setem, poskad, dan patung watak animasi atau aksi.
Hobi yang satu ini pula pastinya kedengaran agak pelik dan berbeza.
Seorang pengguna Twitter menjadi sensasi media sosial selepas mendedahkan dia menyimpan nyamuk yang dibunuhnya, dan menghimpunkannya sebagai satu koleksi.
Pengguna dengan nama pengguna @zynapsed itu menunjukkan dua keping gambar sebagai sebahagian daripada cabaran 'bagaimana ia bermula, bagaimana keadaan sekarang' (how it started, how it's going) yang sangat popular di Twitter.
Zynapsed mendedahkan bangkai nyamuk yang berjaya dibunuh akan dilekat dalam sebuah buku latihan dan setakat ini, koleksinya sudah melebihi 80.
Tidak dapat dipastikan mengapa Zynapsed memilih hobi yang unik ini.
Pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi berhubung gambar itu, malah ada yang merasakan hobi tersebut menyeramkan.
Apa pula pendapat anda?
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sat Oct 17 2020

Bangkai nyamuk yang berjaya dibunuh akan dilekat dalam sebuah buku latihan. - Foto/Twitter/@zynapsed
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengusaha hotel simpan 500 koleksi telefon bimbit lama
Menurut Azizol, kebanyakannya koleksi itu dibelinya sendiri semasa bekerja di sebuah hotel di ibu kota kira-kira 30 tahun lalu.

Tenang menggubah pokok dan batu, seni 'penjing' makin diminati
Masyarakat kita mungkin sudah biasa dengan pokok bonsai tapi seni penjing dilihat masih baru di negara ini.

Sanggup berbelanja besar demi merpati hiasan
Harga merpati hiasan yang menjadi kegilaan baru sekarang ini memang mahal tetapi ia tetap mempunyai peminat.

Beli pistol tiruan kerana hobi, juruteknik didenda RM2,000
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.

Pak Lang G miliki koleksi lebih 40 basikal klasik
Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayahnya yang digunakan ketika ke sekolah dahulu.

Bermula sebagai hobi, kini ramai menikmati manfaat berkebun
Hortikultur bukan tren baharu kerana kegiatan ini sudah bertapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Gambar atas kotak pensil warna pupuk hobi bela burung kakaktua
Setiap hujung minggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sekawan burung kakaktua pelbagai warna akan 'berlibur' di pinggiran sebuah kawasan perumahan di Cyberjaya dengan ditemani pemilik

Minat ubah suai kenderaan jangan sampai melanggar undang-undang - JPJ
Pihaknya menjalankan tindakan penguatkuasaan sebagai langkah terakhir memastikan semua pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

Bukan sekadar 'tunggang' liabiliti... Ini cara buat duit guna motosikal
Sebenarnya terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan menggunakan motosikal milik anda sendiri...

Hobi kumpul koleksi bangkai nyamuk, menarik atau aneh?
Pengguna Twitter menjadi sensasi media sosial selepas mendedahkan dia menyimpan nyamuk yang dibunuhnya.