Jenama jam tangan mewah buatan Swiss iaitu Hublot berkolaborasi bersama The Hour Glass dalam memperkenalkan jam edisi terhad Big Bang sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Edisi yang diberi nama Big Bang ‘Merdeka’ itu beraspirasikan semangat ulang tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia bersama ciri-ciri warna Jalur Gemilang.
Istimewanya, hanya 60 utas jam dikeluarkan bagi siri ini yang didatangkan dalam warna biru gelap dan bertatahkan seramik warna yang sama berdiameter 44mm.
Menurut Pengarah Besar The Hour Glass Teh Soon Keng, edisi itu diilhamkan pasukan penyelidikan dan pembangunan Hublot dan merupakan satu edisi penghormatan oleh Hublot dan The Hour Glass dalam memperingati detik bersejarah buat negara.
“Edisi istimewa ini dikeluarkan buat kali pertama oleh Hublot dan hanya boleh dijual di Malaysia. Antara ciri yang menarik mengenai edisi ini adalah nombor 60 dari ukiran emas menghiasi permukaan horologi jam sebagai rujukan ulang tahun ke-60 kemerdekaan.
“Selain itu, edisi ini juga menggunakan bahan inovatif terbaharu iaitu seramik biru dan didatangkan bersama tali kulit buaya, dihiasi dengan jahitan emas sebagai lambang warna biru dan kuning di Jalur Gemilang,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan kotak jam eksklusif dari Hublot pada setiap pembelian yang bermula 29 Ogos ini.
Edisi eksklusif ini katanya, hanya akan dikeluarkan pada tahun ini dan ia boleh didapatkan di butik Hublot di Suria KLCC dan kesemua butik The Hour Glass di Malaysia.
Azyyati Ahmad
Tue Aug 22 2017
Edisi yang diberi nama Big Bang Merdeka itu beraspirasikan semangat tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia bersama ciri-ciri warna Jalur Gemilang.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pameran Jalan Merdeka sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60
Pameran tersebut dibuka secara percuma kepada orang awam setiap hari sepanjang September bermula 8 pagi hingga 5 petang.
60 Jalan Merdeka: Sejarah Jalur Gemilang
Apa sebenarnya cerita di sebalik Jalur Gemilang? Berikut ialah infografik yang disediakan oleh Astro AWANI.
Apa benar Malaysia negara gagal?
Tahun ini, Malaysia akan menjangkau usia 60 tahun. Walaupun ada pihak yang mengatakan Malaysia wujud pada tahun 1963, hakikatnya, negara ini telah menjadi negara anggota PBB,
Untuk dunia seni negara, apa lagi Siti Nurhaliza mahu?
Atas semangat perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu, kita dapat mengecap nikmat kemerdekaan itu dan terus melaung suara kebebasan dari terus dibelenggu penjajahan.
'Pentadbiran British suatu ketika dahulu teratur, rasuah jarang berlaku' - Khoo Kay Kim
Wartawan Astro AWANI, Asyraf Hasnan dan Nizam Bakeri menemubual Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim untuk merungkai kegemilangan Malaysia.
Merdeka Kampong Bharu, merdekalah Melayu!
Sepanjang perjalanan usia, perkampungan Melayu ini sudah merasai perit getir negara mencapai kemerdekaan selain pernah dihiris insiden sejarah hitam negara.
Hublot perkenal edisi terhad jam tangan sempena sambutan 60 tahun merdeka
Hublot berkolaborasi bersama The Hour Glass dalam memperkenalkan jam edisi terhad Big Bang sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.