IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) optimis sasaran untuk menjadikan bandar raya ini sebagai antara destinasi pelancongan paling menarik di Malaysia dapat dicapai menjelang 2025 setelah pelbagai usaha dilakukan bagi merealisasikan hasrat itu.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya memberi penekanan terhadap usaha 3H iaitu 'Hipster', 'Heritage' dan 'Health' untuk mencapai matlamat tersebut.
Katanya satu daripada usaha yang sedang giat dijalankan adalah menaik taraf kawasan sekitar Kinta Riverfront berkonsepkan 'Food and Lifestyle' di tebing Sungai Kinta yang telah dimulakan sejak September lepas dan dijangka siap pada Februari 2021.
"Kerja-kerja menaik taraf di bawah peruntukan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) itu telah lebih 70 peratus siap membabitkan pelbagai kemudahan seperti jambatan, trek pejalan kaki, lampu jalan dan sebagainya.
"Kita juga dalam proses perbincangan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan dan pengawasan. Begitu juga dengan kemudahan perkhidmatan jalur lebar (wi-fi) dan saya fikir pusat makanan juga dibina untuk para peniaga" katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran 'Petting Zoo' (zoo haiwan jinak) di Gunung Lang di sini, pada Sabtu.
Mengulas mengenai zoo berkenaan, Rumaizi berkata ia merupakan tarikan baharu di bandar raya ini lebih-lebih lagi kedudukannya di Gunung Lang yang merupakan kawasan Geopark Lembah Kinta.
Katanya zoo yang dibangunkan dengan kos RM1 juta dan membabitkan kawasan seluas 1.8 hektar itu mempunyai 25 spesies haiwan dan beroperasi setiap hari, mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang dengan kadar bayaran RM6 untuk dewasa dan kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.
"Diharapkan petting zoo ini dapat memberi peluang kepada majoriti pelancong tempatan khususnya kanak-kanak untuk melihat dan bermesra dengan rakun, arnab, landak, burung, ular dan pelbagai spesies haiwan jinak sempena musim cuti persekolahan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 26 2020
![Ipoh sasar jadi antara destinasi pelancongan menarik menjelang 2025 Ipoh sasar jadi antara destinasi pelancongan menarik menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81483257396_signboardIpoh.jpg)
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya memberi penekanan terhadap usaha 3H iaitu 'Hipster', 'Heritage' dan 'Health' untuk mencapai matlamat tersebut. -Gambar fail
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
![Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
![Polis minta bantuan kesan Poovenessvari Polis minta bantuan kesan Poovenessvari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738722458_tbremajaperempuan.jpg)
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
![Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737931475_Halimah.jpg)
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
![Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737699550_Ipoh.jpg)
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
![Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736480474_MuhammadFirdausZoh.jpg)
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
![Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735700629_banjirperak.jpg)
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
![Dua beradik maut nahas motosikal, MPV Dua beradik maut nahas motosikal, MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736326796_Duaberadikmautnah.jpg)
Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.
![Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.
![Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.