AUTISME adalah gangguan kompleks tumbesaran sistem saraf yang menjejaskan mental, emosi, kemampuan pembelajaran dan ingatan dalam diri seseorang inidividu.
Ia yang dicirikan oleh kesukaran untuk melakukan interaksi dan komunikasi sosial; dan juga didiagnos melalui pola pemikiran dan tingkahlaku yang terbatas.
Ia biasanya mula dikenalpasti semasa umur seorang kanak-kanak itu mencapai 1-3 tahun, serta mula ketara sehingga umurnya meningkat 6 tahun.
Secara global, cerapan menunjukkan peningkatan kes autism dalam tempoh 20 tahun kebelakangan. Data prevalens gangguan autisme di Malaysia tidak diketahui dengan terperinci.
Namun melalui kajian setempat menganggarkan setiap 625 kanak-kanak terdapat satu kes autisme. Data semasa juga menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih prevalen berbanding perempuan dengan nisbah 4:1.
Gejala autisme yang biasa ditemui ialah tindakbalas tidak normal apabila berhadapan dengan ancaman tertentu, mengelakkan kontak mata, mempunyai kesukaran untuk meluahkan apa yang tersirat di dalam hati serta menunjukkan kesukaran apabila cuba berinteraksi antara satu sama lain.
Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kesukaran bertutur serta mengambil masa untuk memberikan respon apabila berinteraksi dengan individu lain.
Seorang individu yang mengaami autism mempunyai pergerakan yang terhad, atau kadang-kadang menunjukkan tingkahlaku sama yang berulang-ulang serta gerak bahasa tubuh yang ditanggap pelik.
Terdapat situasi di mana tingkahlaku yang merbahaya atau mengganggu keadaan sekeliling ditunjukkan.
Situasi-situasi ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh ibubapa serta keluarga berkenaan, memandangkan dalam situasi tertentu, anak-anak autisme memerlukan perhatian serta pendekatan yang berbeza.
Apabila individu berkenaan semakin matang, tingkahlaku yang dianggap agresif dan mengganggu itu biasanya berkurangan, namun sedikit sebanyak masih terdapat kesukaran interaksi dan komunikasi sosial.
Ini menyebabkan sebahagian mereka terdedah kepada isu-isu yang memerlukan perhatian iaitu masalah pembelajaran, kesukaran di tempat kerja, tidak mampu berdikari, memilih hidup sendirian mengasingkan diri dari masyarakat serta menimbulkan ketegangan di kalangan ahli keluarga.
Secara umum, autisme dikendalikan melalui modul tingkahlaku spesifik untuk anak-anak autisme serta preskripsi ubat-ubat tertentu seperti risperidone dan aripiprazole.
Ubat berkenaan disyorkan oleh doktor untuk mengurangkan simptom atau gejala ketara seperti tidak dapat duduk diam dan mudah melontarkan kemarahan (irritability). Di samping itu, anak-anak autisme memerlukan sokongan pendidikan khas untuk membolehkan mereka mampu berdikari serta menduduki pembelajaran yang optima.
Penyebab sebenar autisme tidak diketahui sehingga kini. Kajian perubatan semasa menunjukkan, melalui puluhan kajian-kajian relevan (kajian tersebut disebut juga sebagai kajian meta-analisis) mengenai kaitan faktor-faktor tertentu dengan autisme, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi berlakunya autisme.
Antara faktor berkenaan ialah ciri-ciri genetik, sejarah keluarga yang mempunyai autisme, usia dan keadaan fizikal ibu semasa mengandung, jarak antara kandungan, ketika hamil dan kelahiran bayi serta jangkitan kuman yang berlaku ketika hamil.
Jangkitan kuman yang berlaku semasa kehamilan biasanya dikaitkan dengan gangguan tumbesaran seperti masalah palsi serebrum (cereberal palsy), peningkatan cecair sereberospina hingga menyebabkan hidrocephalus dan keguguran pada awal peringkat kehamilan.
Data kajian menyeluruh turut mengaitkan jangkitan ketika hamil dengan autisme. Kajian ahli sains menunjukkan bahawa jangkitan yang berlaku semasa seseorang wanita itu hamil meningkatkan risiko autisme kepada bayinya yang bakal lahir sebanyak 12%.
Penemuan berkenaan juga mendapati risiko adalah lebih tinggi sekiranya jangkitan yang berlaku disebabkan oleh bakteria (18%).
Risiko autisme juga meningkat apabila jangkitan berlaku pada sistem saluran air kencing dan kulit, masing-masing dengan peningkatan risiko sebanyak 9% dan 14%.
Penjagaan semasa hamil merupakan fasa penting dalam memastikan kesihatan ibu dan anak di dalam kandungan. Disarankan untuk para dan bakal ibu memberikan perhatian serius terhadap risiko mendapat jangkitan-jangkitan tertentu ketika hamil.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah sentiasa menjaga dan mengambil berat kebersihan diri secara menyeluruh. Jangkitan saluran kencing boleh dielakkan melalui kerap minum air kosong atau garam beralkali disamping menjaga higen alat sulit selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Wanita hamil juga perlu diberikan kemampuan pemberdayaan serta sokongan emosi menguruskan stres atau tekanan perasaan dengan baik.
Stress yang tidak wajar dan keterlaluan menyebabkan kekuatan imu seseorang menurun, sekaligus mendedahkan seseorang cenderung mendapat jangkitan.
Pengambilan makanan seimbang dengan tambahan zat tertentu adalah diperlukan untuk memastikan sistem pertahanan dan perubahan sistem badan semasa hamil, di samping juga sebagai usaha untuk menjaga kesihatan bayi yang dikandung.
Ibu hamil juga perlu mengelakkan diri dari kontak rapat dengan sebarang haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, sesumpah (salamender )dan haiwan-haiwan yang lain yang dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
Haiwan-haiwan berkenaan ini mempunyai potensi membuka ruang jangkitan kuman berkenaan ke dalam tubuh hos yang rentan.
Pastikan juga pengudaraan di dalam rumah pada tahap kualiti yang memuaskan untuk mengelakkan jangkitan saluran pernafasan.
Langkah pencegahan jangkitan semasa kehamilan merupakan langkah penting bagi melindungi ibu berkenaan dari potensi jangkitan yang mempunyai kesan terhadap bayi dalam kandungan seperti autisme.
Di samping usaha, kita semua perlu berdoa kepada Allah swt memohon rahmat serta sentiasa bersyukur dan redha. Selamat Hari Autisme Sedunia (2 April 2020).
*Prof Madya Dr Malina Osman adalah Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Universiti Putra Malaysia dan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Malina Osman
Thu Apr 02 2020

Selamat Hari Autisme Sedunia.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Pertimbang insentif buat majikan gaji belia autistik, taska untuk anak bawah dua tahun
Langkah itu perlu bagi mengatasi isu kerjaya dalam kalangan golongan istimewa dan berkeperluan khas di Malaysia.

Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju
Demi menjayakan karakter lelaki autistik dengan berkesan, aktor Hisyam Hamid sanggup membuat kajian mendalam sebelum penggambaran.

Jangan malu daftar sebagai OKU - Ras Adiba
Daripada sejumlah 4.7 juta OKU di dalam negara, hanya kira-kira 560,000 sahaja yang berdaftar.

Jangkitan semasa hamil antara punca autisme
Autisme adalah gangguan kompleks tumbesaran sistem saraf yang menjejaskan mental, emosi, kemampuan pembelajaran dan ingatan dalam diri seseorang inidividu.

Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu
Membantu menyesuaikan kehidupan kini yang lebih rumit serta jurang yang wujud dalam perkhidmatan intervensi bagi fasa remaja dan dewasa adalah antara cabaran utama ibu bapa membesarkan anak autisme.

Demi anak-anak Autisme, SOP baharu akan diperkenal
Hannah Yeoh memaklumkan, SOP itu kelak bertujuan untuk memastikan nasib anak-anak autisme ini terbela.

Kanak-kanak autistik hasilkan replika Titanic guna 56,000 Lego
Replika kapal persiaran mewah, Titanic sepanjang lapan meter telah berjaya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak autistik menggunakan 56,000 kepingan Lego.

Kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down
Katanya, tiada syarikat atau agensi insurans yang sanggup menyediakan insurans khusus kepada anak-anak sindrom Down.

Kagum! Pelajar autistik lukis gambar 'nenek moyang' watak adi wira
Lukisan Muhammad Amsyar Anas itu dihasilkan dalam bentuk thumbnail dan dilukis pada buku kosong yang memaparkan karakter adi wira kegemarannya dari tahun 1966 sehingga kini.

Ibu tunggal bimbang masa depan anak Autisme
Melihat anak lelakinya lain daripada kanak-kanak biasa, Mazlina Ismail mula sedar ada sesuatu yang tidak kena.