'Jerami Kingdom', gulungan jerami yang disusun seumpama kota istana dalam filem barat, membangkit keterujaan pengunjung di Pesta Angin Timur 2020 (PAT2020) yang bermula Jumaat (28 Feb) sehingga Ahad ini.
Kebanyakan pengunjung yang hadir seawal jam 8 pagi tidak melepaskan peluang merakam gambar dan berswafoto bersama susunan gulungan jerami itu yang disifatkan unik dan menarik.
Petugas Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memberitahu Bernama, kira-kira 500 tiket masuk berharga RM1 telah terjual sehingga jam 12 tengah hari Jumaat.
Seorang pekerja swasta, Nurahmah Abdullah, 47, yang berasal dari Pahang meluahkan keterujaan dengan keunikan gulungan jerami yang disusun secara bertingkat.
"Menjengah pintu gerbang 'Jerami Kingdom' saya rasakan seperti memasuki sebuah kota istana dalam filem dongeng barat.
"Di sini juga kita dapat menghayati keindahan sawah padi, mempelajari budaya masyarakat Perlis selepas musim menuai padi dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan masyarakat seperti pertandingan menangkap itik, persembahan wau tradisional, pertandingan menangkap ikan dan sebagainya," katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.
Seorang pesara kerajaan, Nuralimi Mohd Jaffirun, 61, yang berasal dari Perak, berkata beliau turut membawa saudara-maranya dari Kota Sarang Semut, Kedah dan Kuala Lumpur untuk merasai sendiri suasana PAT.
"Setiap kali PAT berlangsung saya hadir dan sentiasa ada penambahbaikan dan suasana yang baharu...kali ini ada Jerami Kingdom, pertunjukan askar dan pelbagai permainan menarik dan terbaru saya dimaklumkan ada permainan kerbau tarik besi," katanya.
Nuralimi berkata selain menghayati suasana, tujuan utamanya hadir ke PAT setiap tahun adalah untuk menikmati kepelbagaian makanan yang lazat di gerai yang disediakan.
"Setiap tahun ada sahaja menu utara yang menarik disajikan, antanya 'Bihun Sup Meletop' dan 'Laksa Kebabom' yang sinonim dengan masyarakat Perlis. Sedap dan menyelerakan...makan sambil merasai tiupan angin timur dan suasana bendang..sungguh mengasyikkan," katanya.
Antara minuman menarik dan pelik terdapat di gerai PAT ialah 'Air sampah' (air herba), jus mangga dan lain-lain yang turut menjadi tarikan pengunjung.
PAT 2020 memasuki edisi kelapan dan merupakan program tahunan kerajaan Perlis bagi menarik pelancong datang ke negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 29 2020

'Menjengah pintu gerbang Jerami Kingdom, saya rasakan seperti memasuki sebuah kota istana dalam filem dongeng barat,' kata salah seorang pengunjung. - BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

'Jerami Kingdom' tarikan pengunjung di Pesta Angin Timur 2020
Kebanyakan pengunjung yang hadir seawal jam 8 pagi tidak melepaskan peluang merakam gambar dan berswafoto bersama susunan gulungan jerami itu yang disifatkan unik dan menarik.