Jika COVID-19 tidak wujud, destinasi mana yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai lokasi untuk bercuti?
Sumber Facebook astroawani
Itu soalan #DiariLockdown disuarakan kepada warga maya oleh Astro AWANI pada hari ketujuh total lockdown ini.
Rata-rata mereka menyuarakan hasrat untuk melancong di dalam negara, berbanding hanya beberapa orang yang ingin ke luar negara.
Queen Mimi memilih kawasan berpantai dan pulau sebagai destinasi pilihan.
![Pulau Tioman dan Pulau Perhentian merupakan lokasi yang ingin dilawati pengguna YouTube, Queen Mimi](https://img.astroawani.com/2021-06/61623065008_freesize.jpg)
Begitu juga Nor Fatin yang memilih kawasan pantai bagi menggamit semula memori lokasi bulan madunya bersama suami tercinta.
![Nor Fatin pula merindui Pulau Langkawi iaitu lokasi berbulan madunya dahulu.](https://img.astroawani.com/2021-06/81623064987_freesize.jpg)
Bagi pengguna Twitter, @haziqrightthere pula berhasrat untuk ke Pulau Pinang.
Ekoran terlalu rindu kepada kampung halaman dan keluarga, ramai jua yang menyatakan ingin pulang berjumpa ibu dan ayah.
![Berjumpa dengan ibu merupakan harapan Abdul Rahman Aziz Satar ketika ini](https://img.astroawani.com/2021-06/61623064995_freesize.jpg)
![Seorang lagi pengguna YouTube yang berharap dapat pulang ke kampung jika diberi kebenaran](https://img.astroawani.com/2021-06/81623065021_freesize.jpg)
![Azim Mazlan juga ingin pulang ke kampung halaman](https://img.astroawani.com/2021-06/41623065002_freesize.jpg)
Marilah kita sama-sama berdoa supaya pandemik COVID-19 ini segera berakhir supaya kita dapat menjalani semula kehidupan seperti dahulu.
Buat masa ini, tahanlah dahulu segala keinginan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.