BARU-BARU ini kecoh di Indonesia apabila seorang lelaki mendakwa menjumpai satu bongkah batu didakwa meteorit yang kemudian menjualnya pada harga mahal.
Berita itu membuatkan ramai orang mula memasang angan-angan, andai terjumpa sesuatu yang unik dan berharga, mereka akan pantas menjualnya pada harga yang tinggi.
Bak kata orang, asal barang boleh jual, semua jadi!
Begitu juga kisahnya dengan lelaki dari Thailand ini, Narit Suwansang yang menemui seketul batu besar baru-baru ini di tepi pantai di Nakhon Si Thammarat pada 26 November lepas.
Namun, itu bukanlah batu biasa kerana Narit mendakwa itu adalah muntah paus, yang sangat bernilai di pasaran.
Pastinya, penemuan itu boleh dijual, dan ramai yang sedia hendak membelinya.
Mungkin ramai tertanya mengapa muntah paus mahal harganya tapi tahukah anda, bahan tersebut - ambergris, banyak digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama.
BACA: 'Meteorit' tembusi bumbung rumah, tukang keranda jadi jutawan segera
Banyak pengeluar minyak wangi mewah menggunakan bahan ini lalu menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelarkannya 'emas terapung'.
Pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,600 nilai sekarang).
Untuk rekod, Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya pada harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta nilai sekarang).
Pada 2017 pula di Indonesia, seorang nelayan menjadi jutawan sekelip mata selepas menjumpai beratus-ratus kilogram muntah paus yang terbahagi kepada beratus ketulan ‘batu’.
Berbalik kepada kisah lelaki di Thailand ini, portal berita negara itu, Thairath, melaporkan seorang peniaga telah menawarkan untuk membeli ambergris itu pada harga 960,000 Baht (lebih RM123,000).
Harga itu bukan untuk keseluruhan ‘batu’ itu tetapi untuk satu kilogram sekiranya terbukti itu adalah ambergris Gred A dan menurut laporan itu lagi, dengan berat lebih 100 kilogram, ia merupakan muntah paus paling berat pernah dijumpai.
“Saya cuma bawa pulang batu itu dan hanya dapat mengesahkan ia adalah muntah paus selepas melihat ada sesuatu meleleh ketika bersentuhan dengan api, mengeluarkan bau musky (aroma kasturi),” katanya.
Kini, Narit hanya menunggu pengesahan pakar berkaitan nilai ambergris itu.
“Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ambergris ini,” katanya kepada wartawan.
“Tolong cari muntah paus ini datang dari paus jenis apa.”
Ini bukan kali pertama warga Thailand bertuah.
Pada awal tahun lalu, seorang lelaki lain menjumpai sepotong ikan paus yang beratnya 6.5kilogram, bernilai keseluruhan 10.5 juta Baht (RM1.4 juta) sementara yang lain menjumpai potongan lain yang beratnya 16 kilogram dan bernilai 20 juta Baht (RM2.7 juta).
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sun Dec 13 2020

Lelaki dari Thailand ini, Narit Suwansang yang menemui sebuah batu besar baru-baru ini di tepi pantai di Nakhon Si Thammarat pada 26 November lepas yang didakwa merupakan muntah paus.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Remaja bawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta
Remaja berusia 17 tahun dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang menjadi jutawan termuda dengan membawa pulang simpanan tunai BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1 juta.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 2 September 2020.

Tragedi Sri Lanka: 3 pewaris jutawan fesyen Denmark disahkan terkorban
Memetik agensi berita antarabangsa, berita sedih itu disahkan oleh jurucakap kumpulan peruncitan pakaian, Bestseller, pada Isnin.

Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros
Kediaman jutawan kewangan terkemuka dunia, George Soros gempar apabila satu bahan letupan ditemui di peti surat di rumahnya di New York.

Pasangan Malaysia sertai senarai kelab 'billionaire' Australia
Satu pasangan Malaysia di Australia telah menggandakan kekayaan mereka dan kini layak dipanggil 'billionaire'.