Seorang jurutera di sebuah syarikat minyak, Mahazizi Abd Latif, 34, berjaya memenuhi impiannya berbasikal secara solo sejauh 1,300 kilometer di Lebuh Raya Karakoram (KKH).
Lebuhraya antarabangsa itu disifatkan sebagai jalan raya berturap tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 4,693 meter dari aras laut yang menghubungkan Punjab, Pakistan dan Kashgar, China.
Mahazizi berkata, kedudukan KKH di kawasan tinggi iaitu di atas pergunungan memberikan cabaran menarik dan menjanjikan panorama yang memukau sekali gus menarik minatnya untuk berkayuh di jalan raya itu.
Beliau berkata meskipun KKH terkenal sebagai antara lokasi tarikan pelancongan di dunia namun keadaan jalannya tidak boleh disamakan dengan jalan raya di Malaysia.
"Sebahagian laluannya mengalami kerosakan teruk akibat banjir pada 2016, maka saya perlu berkayuh berhati-hati bagi mengelakkan serpihan dan batuan yang berada di atas jalan serta runtuhan salji yang boleh berlaku pada bila-bila masa di lereng bukit.
"Selain itu, kekurangan oksigen di altitud yang tinggi dan terpaksa bermalam dalam khemah pada suhu sejuk -15 darjah celsius juga antara cabaran yang perlu ditempuhi semasa berkayuh," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, kata bapa kepada dua orang anak ini berkata keramahan penduduk, budaya yang unik dan pemandangan yang indah sepanjang KKH itu membuatkan penat dan tekanan semasa kayuhannya hilang.
Anak kelahiran Terengganu itu melakukan kayuhan solo selama 21 hari bermula pada 25 April lepas dari Kashgar hingga ke Punjab sebelum meneruskan perjalanan ke Lahore bagi menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
Sepanjang laluan di KKH, Mahazizi tidak dibenarkan berkayuh di dua tempat iaitu dari Tashkurgan ke Khunjerab Pass di China dan dari Gilgit ke Abbottabad di Pakistan kerana faktor keselamatan.
Beliau terpaksa menaiki van dan bas sambil diiringi oleh pasukan keselamatan yang bersenjata dari kedua-dua negara itu.
Menurut Mahazizi, antara pengalaman cemas yang ditempuhi ialah beliau terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Rakyat Tajik di Tashkurgan, China selama tiga hari dipercayai akibat pengambilan makanan tercemar.
"Saya mengalami jangkitan bakteria dan pendarahan usus menyebabkan saya terpaksa berpuasa selama tiga hari berturut-turut dan tidak dibenarkan makan langsung, selain hanya menerima suntikan antiobiotik dan air.
"Berat badan saya susut sebanyak 6kg selepas keluar daripada hospital itu," katanya.
Ditanya mengenai mengapa memilih kayuhan solo berbanding seperti mana lazimnya dilakukan oleh mana-mana pengembara lain, Mahazizi berkata: "Ia memberi kebebasan untuk saya menentukan sendiri arah, tujuan serta keputusan yang perlu diambil semasa perjalanan."
Dalam pada itu, mengulas mengenai kayuhan itu, Mohd Shahrizaifuddy Shamsuddin, 42, yang berpengalaman luas dalam kayuhan jarak jauh berkata tidak pernah sebelum ini ada rakyat Malaysia melakukan kayuhan solo di KKH itu.
"Setakat yang diketahui, tidak ada rakyat Malaysia yang berkayuh bersendirian atau solo, tapi yang ada pun beberapa sebelum ini kesemuanya kayuhan lebih daripada seorang.
Pencapaian Mahazizi adalah yang baharu, bukan mudah kerana risikonya tinggi apatah lagi keadaan jalan KKH yang bahaya dan mencabar mental," katanya yang pernah diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai empat rakyat Malaysia pertama berkayuh merentasi KKH pada 2014.
Bernama
Thu Jul 07 2016
Mahazizi mengambil gambar 'selfie' di salah satu lokasi persinggahan ketika ekspedisi beliau. Di belakang ialah basikal yang ditunggangnya. - Facebook/Mahazizi Abd Latiff
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Festival Sarkas Antarabangsa Monte Carlo ke-47 bermula
Artis sarkas dari seluruh dunia berkumpul setiap tahun di Monaco untuk meraih hadiah pada festival itu.
Pertunjukan tanglung Zigong rai warisan budaya
Pertunjukan tanglung antarabangsa Zigong ke-31 yang membuka tirainya sejak Jumaat lalu terus meriah dengan kehadiran pengunjung yang hadir dari pelbagai lokasi. Ia menampilkan karya-karya tanglung yang kreatif, menarik serta rekaan tanglung gergasi yang mempesonakan.
Wuhan usaha hapus label pandemik selepas lima tahun cetus wabak
Hospital Huoshenshan di Wuhan yang siap dibina hanya dalam tempoh beberapa hari selepas lonjakan kes COVID-19 pernah dianggap sebagai simbol perjuangan menentang virus yang mula merebak di bandar China itu.
WEF: Kesempatan promosi ASEAN, cari solusi depan AI
Persaingan geopolitik yang pesat, perubahan iklim dan kemajuan kecerdasan buatan (AI) memerlukan satu solusi komprehensif yang bakal memberi manfaat bersama.
Ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global antara tumpuan
Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos bersedia membuka tirai dengan menghimpunkan para pemimpin negara dan ahli perniagaan bermula 20 hingga 24 Januari.
Aattam kembali 'bergema' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian, Aatam anjuran Indian Customer Business Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada Sabtu.
Bermula dengan 22 kumpulan yang menyertai pusingan awal, hanya enam daripada mereka berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk mempertaruhkan kehebatan masing-masing.
Bermula dengan 22 kumpulan yang menyertai pusingan awal, hanya enam daripada mereka berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk mempertaruhkan kehebatan masing-masing.
Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia–Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.
Henti label Hamas radikal, penderhaka
Henti melabel kumpulan Hamas sebagai satu badan pengganas, radikal atau penderhaka.
Jurutera Malaysia berbasikal secara solo di Lebuh Raya Karakoram
Seorang jurutera di sebuah syarikat minyak, Mahazizi Abd Latif, 34, berjaya memenuhi impiannya berbasikal secara solo sejauh 1,300km di Lebuh Raya Karakoram.