KUALA TERENGGANU: Penularan pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini telah menyerlahkan lagi sifat prihatin rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat dan latar belakang apabila ramai yang tampil membantu golongan memerlukan melalui cara tersendiri.
Juruvideo bebas Mohd Fais Hafiz Mohd Ismail, 27, misalnya menawarkan perkhidmatan penggambaran foto dan video percuma kepada golongan peniaga dan usahawan kecil yang hilang mata pencarian ekoran pandemik tersebut.
"Saya tengok masyarakat betul-betul terkesan akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kali ini. Semakin ramai yang hilang kerja atau dipotong gaji. Pilihan yang mereka ada ialah berniaga barang atau makanan yang dimasak sendiri. Namun, biasanya mereka tidak mempunyai gambar atau video produk yang cantik untuk menarik pelanggan.
"Jadi saya terfikir untuk menggunakan kepakaran yang ada membantu meningkatkan jualan mereka melalui gambar dan video," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Beliau yang sebelum ini banyak menghasilkan video korporat, video muzik dan video produk itu dibantu tiga rakannya iaitu Mohamad Fazrul Azril Abdul Muhayidi, 28; Muhamad Arif Asyraf Mohd Naim, 26; dan Khairul Na'im Zaiki, 34.
Walaupun baru seminggu menguar-uarkan penggambaran foto dan video percuma melalui poster 'Product Shoot PERCUMA! di laman Twitter, Facebook dan Instagram, sambutan yang diterima sangat menggalakkan, termasuk daripada peniaga dan usahawan kecil dari luar Terengganu seperti Perak dan Kuala Lumpur.
Mohd Fais Hafiz berkata beliau dihubungi lebih 40 individu yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut namun hanya memilih 13 daripada mereka demi menjaga kualiti gambar atau video yang dihasilkan.
"Saya tidak mahu ambil terlalu banyak produk, bimbang hasil yang diberikan kurang berkualiti kerana kekangan masa. Saya hanya rakam gambar dan video dua atau tiga produk sehari kerana saya perlukan masa untuk menghasilkan suntingan yang cantik.
"Saya hanya pilih produk yang baharu dan belum dikenali, selain faktor penjual betul-betul terkesan dengan COVID-19 serta tidak mampu memiliki gambar atau video berkualiti," katanya menambah kebanyakan produk adalah makanan seperti sambal ikan bilis dan daging dendeng.
Beliau berkata peniaga terpilih akan diberi pilihan sama ada untuk mendapatkan 10 keping gambar atau sebuah video berdurasi 30 saat yang boleh digunakan untuk mempromosi produk jualan mereka.
"Mereka hanya perlu poskan produk kepada saya dan setelah gambar atau video siap, saya akan berikan hasilnya menerusi pautan Google Drive. Selepas itu, mereka bebas menggunakan gambar atau video yang siap disunting untuk tujuan promosi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya yang menjalankan penggambaran di rumahnya.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Fakulti Filem Teater dan Animasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata selain dapat mengasah kemahiran, usaha yang dilakukan itu adalah untuk mengisi masa lapang setelah projek penggambarannya tergendala berikutan pelaksanaan PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021
Mohd Fais menyusun produk milik peniaga dan usahawan kecil sebelum merakamkan foto dan video ketika ditemui di Kampung Pulau Duyong. - Bernama
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
Juruvideo bebas tawar khidmat percuma, bantu golongan terjejas pandemik COVID-19
"Pilihan yang mereka ada ialah berniaga barang atau makanan yang dimasak sendiri. Namun, biasanya mereka tidak mempunyai gambar atau video produk yang cantik."