SETIAP daripada kita mempunyai kenangan tersendiri apabila bercakap tentang masakan lazat, lebih-lebih lagi jika ia dihidangkan sewaktu musim keraian atau perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Bagi pengacara dan pelakon, Karl Shafek, hidangan opor daging begitu sinonim dengan dirinya kerana itulah antara menu wajib yang pasti dinikmati di dapur keluarganya di Pekan, Pahang setiap kali berlangsung acara keramaian atau ketika menyambut kedatangan bulan Syawal.
Bagi bekas finalis program realiti memasak MasterChef Selebriti Malaysia itu, opor daging memang amat disukai ahli keluarga dan saudara-mara di kampungnya kerana ia sesuai dimakan dengan nasi, roti, mahupun ketupat.
Tidak mahu kelazatan itu berakhir di meja makannya sahaja, Karl Shafek sudi berkongsi cara menyediakan hidangan tradisi tersebut kepada Astro AWANI agar dapat dicuba oleh seluruh peminat kulinari di negara ini.
Walaupun menggunakan banyak bahan termasuk rempah yang berbau harum lagi eksotik, cara memasak opor daging ini tidaklah begitu sukar. Ikuti video berikut untuk mengetahui kaedah, rahsia dan petua penyediaannya.
Hamzah Hamid
Fri Jul 01 2016

Karl Shafek menunjukkan cara-cara menyediakan hidangan opor daging sempena kedatangan Aidilfitri. - Foto Astro AWANI/HAMZAH HAMID

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Ikan 'lengat' jadi tarikan istimewa menjelang Aidilfitri
Walaupun diingati sebagai pilihan hidangan enak, para peniaga bagaimanapun mengakui penjualan ikan lengat kini tidak banyak seperti dahulu.

Karl Shafek kongsi resipi opor daging untuk Aidilfitri
Bekas finalis MasterChef Selebriti Malaysia ini berkongsi cara penyediaan resipi warisan keluarganya khusus untuk hidangan hari raya.