KANAK-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter. Ibu bapa kena tahu hal ini.
Menurut perkongsian pakar perubatan Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
1. Elak tinggal anak mandi sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
2. Terdapat risiko tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
3. Simpan bekas takungan air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
4. Tutup bekas takungan air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
5. Tutup pintu bilik air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
Pa and Ma
Thu Jul 27 2023

Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali. - Gambar hiasan
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Mayat kanak-kanak mangsa kes lemas di Rantau Panjang ditemukan
Mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa bersama rakannya terjatuh.

Kedalaman air hanya 1 inci dalam baldi, boleh buat anak lemas!
Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter. Ibu bapa kena tahu hal ini.