KUALA KANGSAR: Perwatakan pemuda ini aktif dan tidak kekok berdepan dengan orang ramai. Sesekali dia akan mengedarkan risalah iklan yang menawarkan khidmat melukis potret berorientasikan kartun.
Lokasi persinggahannya di Lembah Kuala Kangsar. Difahamkan, dia menetap di Sungai Siput dan bergerak ke Kuala Kangsar menaiki bas untuk meneruskan kelangsungan sebagai pelukis jalanan.
Pertama kali memperkenalkan diri, dia berkata orang ramai sering memanggilnya sebagai Afiq. Namun, menurut pemuda berbangsa Cina ini, nama sebenarnya ialah Lee Chee Hung.
Setelah diamati dan menerusi perbualan lanjut baru-baru ini, pemuda ini difahamkan merupakan insan berkeperluan khas atau orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran. Ini dikuatkan lagi dengan cara dia berbual.
Afiq, 24 tahun, berkata dia mempelajari bidang seni melukis potret ini di SMK Muhibbah @ Sekolah Seni Malaysia Perak. Dari situ katanya, dia mula menghasilkan potret berunsurkan kartun.
Walaupun agak sukar memahami isi butir bicaranya, namun dia kerap memberitahu dia ada menyediakan khidmat melukis potret kepada sesiapa yang berminat, dengan disediakan nombor telefon di risalah tersebut.
"Nama sebenar saya Lee Chee Hung tapi ramai kawan-kawan Melayu dan orang di sini panggil Afiq. Mereka kata lebih mudah nak sebut.
"Saya ada buat lukis potret, orang ramai boleh datang ke sini (Lembah Kuala Kangsar), atau pasar malam Taman Lintang, Sungai Siput dengan kadar bayaran tertentu mengikut jenis," katanya.
Menurut salah seorang rakan pelukis di situ, Rahim atau dikenali sebagai Angah, Afiq mempunyai bakat tersendiri dan walaupun dengan keadaan kekurangan, dia gigih mencari rezeki dengan usahanya.
Tambah Angah, bakat Afiq boleh diasah ke peringkat lebih tinggi, kerana dia ada kemahuan dan menunjukkan minat mendalam terhadap seni lukisan.
"Saya mengenali Afiq sejak lima bulan lalu, waktu itu saya baru saja menjadi pelukis jalanan di Lembah Kuala Kangsar.
"Memang diakui dia ada masalah dari segi percakapan atau perbualan kerana dia seorang insan berkeperluan khas. Tetapi dia boleh berdikari dan tidak gugup berdepan dengan orang ramai.
"Melalui perbualan sebelum ini, katanya dia berulang dari Sungai Siput ke Kuala Kangsar menaiki bas, pada hari-hari tertentu," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai bidang pelukis jalanan di Perak, Angah berkata, ia masih lagi belum dilakukan secara meluas, berbanding di negeri lain.
Sebelum ini, katanya, dia sudah meneruskan aktiviti melukis di Ipoh, namun pulang ke kampung halaman di Kampung Jerlun Tambahan, di sini, dan meneruskan kerjaya sebagai pelukis jalanan.
"Mula-mula melukis ini lagi-lagi sebagai pelukis jalanan memang agak payah, lama-lama apabila belajar lebih mendalam melalui YouTube, barulah dapat hasilkan potret yang terbaik," katanya.
Sementara itu, bekas pengetua SMK Muhibbah, Fadhilah Hawari, yang mengenali lebih dekat bekas pelajar sekolah itu, turut mengakui Afiq gemar melukis sejak di bangku sekolah.
Katanya, Afiq pernah bersekolah di kelas pendidikan khas di sekolah tersebut, namun minat anak muda itu dalam bidang lukisan jelas kelihatan.
"Kadang-kadang dia datang ke rumah saya atau apabila lalu di situ memang dia akan singgah. Tetapi sekarang saya sudah berpindah ke sekolah lain dan dia pun sudah tamat sekolah.
"Dia masuk (sekolah) dari umur 15 tahun sampai 19 tahun, untuk murid pendidikan khas. Dia memang suka pakai baju Melayu, lagi-lagi pada Hari Raya.
"Dia memang ada masalah pembelajaran, tetapi memang dia suka melukis di sekolah dulu, sampailah sekarang. Harapnya dia berjaya mencapai impiannya dalam bidang itu," katanya lagi.
Aida Aziz
Sat Aug 27 2022
Afiq (kanan) menunjukkan lukisan potret berasaskan kartun karyanya. Afiq menawarkan khidmat melukis potret kepada orang ramai di Lembah Kuala Kangsar. - Foto Lee Chee Hung
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekurangan diri tak halang 'Afiq' bergelar pelukis jalanan
Dia menetap di Sungai Siput dan bergerak ke Kuala Kangsar menaiki bas untuk meneruskan kelangsungan sebagai pelukis jalanan.
Ah Ming Cincau tidak tidur lena wajah dipapar dalam mural gergasi
Perniagaan minuman itu merupakan titik peluh bapanya yang dijalankan selama lebih 10 tahun sebelum beliau mengambil alih dan sehingga kini perniagaan itu telah beroperasi selama 52 tahun.