BILA anak main panas, mak-mak mulalah risau.
Hakikatnya bila anak terkena cahaya matahari begitu banyak kesan baiknya pada anak kita.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, mendedahkan anak dengan cahaya matahari terus pada kulit amat baik untuk bekalan vitamin D yang baik untuk perkembangan anak.
Tak perlu lama, 30 minit setiap hari pun dah cukup!
Ajar anak-anak dari sekarang, untuk suka berjemur bawah cahaya matahari. 1/8 dari penduduk dunia, ada masalah kekurangan vitamin D sebenarnya.
Cuma kita saja tak tahu, sebab tak pernah buat pemeriksaan darah untuk bacaan Vitamin D.
Suka terperap dalam rumah. Pergi kerja matahari tak naik lagi. Balik kerja pulak matahari dah nak jatuh. Panas sikit tak boleh. Ini yang kebanyakkan kita buat, kan?
Sumber utama Vitamin D dari cahaya matahari. Vitamin D ni penting untuk sumber tenaga, kuatkan tulang, dan juga tingkatkan imuniti badan.
Cuba sedaya mungkin biasakan diri kita, dan ajar anak-anak untuk berjemur dengan cahaya matahari sekurangnya 30 minit setiap hari.
Kalau ada dalam kereta, atau dalam rumah, atau dalam ofis, yang tertutup dengan cermin, itu tak dikira tau.
Sebab cahaya matahari tak dapat nak tembus cermin. Kena juga dapatkan cahaya direct terus di luar, okey?
Sumber makanan yang ada vitamin D pun banyak. Antaranya:
1. Ikan yang banyak lemak contoh salmon, sardin, tuna, kembung
2. Cendawan
3. Kuning telur
4. Minyak ikan kod
Boleh juga buat pemeriksaan tahap Vitamin D dalam badan. Kalau rendah sangat, cuba ambil suplemen untuk tinggikan balik bacaan Vitamin D kita.
Untuk anak-anak, biarkan mereka berjemur selalu dan banyakkan beri mereka makan ikan.
Insya-Allah, mudah-mudahan imuniti mereka kuat asbab daripada Vitamin D yang cukup dalam badan.
Sama-sama kita cuba ya.
*Artikel asal di Pa&Ma
Pa and Ma
Mon Jan 31 2022
Untuk anak-anak, biarkan mereka berjemur selalu dan banyakkan beri mereka makan ikan. -Pa&Ma
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Tenaga solar perlu diperluas segera, berpotensi jadi sumber penting elektrik negara - Pakar
Ketika ini, jumlah peratusan tenaga yang dijana dengan solar masih rendah walaupun Malaysia ada kelebihan dari segi jumlah cahaya matahari.
Kekurangan vitamin D: 'Bawalah anak keluar, biar kena cahaya matahari' - Pakar
Hakikatnya bila anak terkena cahaya matahari begitu banyak kesan baiknya pada anak kita.
Krim pelindung matahari dan losyen, antara ancaman pada batu karang
Losyen badan serta krim pelindung matahari yang digunakan ketika melakukan aktiviti rekreasi di laut seperti selam snorkel dan selam skuba boleh mengancam batu karang.
Lama menghadap telefon pintar boleh percepat tua, merosak kulit muka?
Kecenderungan duduk menghadap komputer atau telefon pintar akibat terkurung di rumah terlalu lama untuk mengelak dari pandemik COVID-19, membawa bahaya serta kulit muka bakal cepat nampak tua.
Pelangi 9 jam pecah rekod dunia
Ia sekali gus memecah rekod pelangi paling lama yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebelum ini, iaitu enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.