Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam usaha menarik lebih ramai masyarakat terhadap 'Gaya Hidup Hijau' akan menampilkan golongan artis dan pelawak dalam pelbagai program yang diadakan.
Penyanyi terkenal Datuk Zainalabidin Mohamed, yang merupakan pengurus program tersebut, berkata kempen Tenaga Lestari 'Gaya Hidup Hijau' anjuran KeTTHA bersama Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), bermula pada Isnin hingga 22 Ogos ini.
Beliau berkata dengan menglibatkan golongan artis serta lebih 100 pemimpin badan korporat, diharapkan dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat bahawa gaya hidup hijau ini bukanlah satu perkara yang sukar dan membosankan.
"Kami akan tampil dengan pelbagai cara mudah, selain menganjurkan pelbagai pertandingan bagi menarik orang ramai berinteraksi secara terus dalam kempen ini," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program pertama iaitu seminar mengenai 'Gaya Hidup Hijau' di sini pada Isnin.
Zainalabidin berkata kempen ini juga akan memberi fokus kepada golongan muda memandangkan mereka lebih senang untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup hijau yang bakal diketengahkan nanti.
"Ini adalah fasa pertama kami untuk memberi kesedaran dan galakan kepada rakyat Malaysia untuk mempraktikkan gaya hidup yang memberi kesan terus kepada pemeliharaan alam sekitar.
"Malah kami menyasarkan lebih 30 peratus rakyat negara ini akan sedar dan menjadikan gaya hidup hijau sebagai kebiasan dalam kehidupan seharian mereka," katanya.
Zainalabidin berkata kempen ini, yang akan dijalankan di 15 lokasi di seluruh negara, akan turut melibatkan badan korporat dan agensi kerajaan, dan satu kaji selidik akan turut dilaksanakan sepanjang program tersebut bagi mengukur tahap kesedaran dan pengetahuan umum tentang tenaga lestari dan gaya hidup hijau.
"Setiap empat bulan selepas kempen bermula, kami akan mengumpulkan data mengenai kempen ini dan melihat maklum balas keberkesanan pelaksanaannya.
"Apa jua keputusan daripada data yang diperoleh, kami akan tetap meneruskan kempen sehingga semua lapisan masyarakat memberi sokongan dan menyertai secara aktif," katanya.
Kempen ini akan dirasmikan oleh Menteri KeTTHA, Datuk Seri Maximus Ongkili pada 21 April ini di Menara Kuala Lumpur, katanya.
Bernama
Tue Mar 22 2016
ZAINALABIDIN: Ini adalah fasa pertama kami untuk memberi kesedaran dan galakan kepada rakyat Malaysia
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Kempen 'Gaya Hidup Hijau' bakal bawa kelainan kepada masyarakat
Kempen Tenaga Lestari 'Gaya Hidup Hijau' anjuran KeTTHA bersama Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), bermula Isnin hingga 22 Ogos ini.