KUALA LUMPUR: Sebuah buku kanak-kanak yang diilustrasikan dengan indah, Story of the Stolen Homes, akan membawa pembaca muda dalam perjalanan untuk meneroka kehidupan kanak-kanak Palestin dan mengenal pasti budaya unik Palestin.
Ditulis oleh penulis Uyghur-Perancis, Guzelya Marisova, beliau menulis buku itu sebagai cara untuk menyuarakan kesedihan di dalam hatinya berikutan serangan berterusan Israel ke atas wilayah Palestin sejak 7 Oktober lepas.
"Memandangkan situasi di Palestin semakin teruk sejak 7 Oktober lepas, saya sangat bimbang tentang apa yang berlaku di sana.
"Saya mahu membuat perubahan positif dan menjadi suara kepada rakyat Palestin, menunjukkan sokongan saya untuk memberi manfaat kepada mereka dan orang lain di seluruh dunia.
"Strategi terbaik adalah menulis mengenai Palestin dan menjadikannya sangat baik... menggunakan kreativiti untuk memanifestasikan suara orang yang tidak didengari," katanya kepada Bernama.
Buku itu mengisahkan mengenai pasangan kembar Eldar dan Elnur, bersama ibu bapa dan sepupu mereka, Kama, meneroka pameran khas di Paris yang dipanggil "The Story of the Stolen Homes."
Mereka memperoleh banyak pengetahuan berharga tentang Palestin melalui Reem yang menjadi pemandu sepanjang lawatan itu.
Sejak 7 Oktober lepas, Guzelya yang dilahirkan dan dibesarkan di Kazakhstan dan kini berpangkalan di Jakarta, Indonesia, berkata terdapat peningkatan rasa simpati terhadap Palestin, didorong oleh kematian tragis kanak-kanak.
"Saya percaya kebangkitan ini menyentuh hati manusia, termasuk mereka yang sebelum ini kurang memberi perhatian kepada Palestin. Ini penting kerana ia menunjukkan keprihatinan kita terhadap rakyat Palestin," katanya.
Dalam dunia yang serba selesa hari ini, Guzelya berkata, kanak-kanak sering terlindung daripada realiti penindasan.
"Kebanyakan hiburan mereka, termasuk kartun sering menggambarkan dunia yang ceria, tetapi adalah penting untuk mendedahkan mereka kepada nasib mereka yang ditindas. Dengan memberi penerangan tentang isu-isu ini, kami boleh membina generasi yang menghargai empati, keadilan dan persefahaman untuk semua.
Pada dasarnya, buku saya mengajar kanak-kanak pelajaran penting untuk menghargai kebebasan, kepercayaan dan keluarga. Nilai-nilai ini bertindak sebagai asas yang membentuk kehidupan kita dan membimbing kita ke arah kewujudan yang bermakna," katanya.
Guzelya berkata buku dalam versi Bahasa Indonesia dilancarkan semasa Ramadan pada Mac, manakala versi Bahasa Inggeris yang diterbitkan di Malaysia akan mula dijual secara dalam talian pada 12 Mei.
"Kami telah menjual 2,000 salinan di Indonesia dalam masa satu bulan sahaja selepas ia dilancarkan," katanya.
Bagi pembaca di Malaysia, Story of the Stolen Homes akan boleh didapati secara dalam talian mulai 12 Mei melalui www.tertib.press dan www.nuhnnuha.com
Di Indonesia, beliau berkata royalti jualan buku itu akan disumbangkan kepada Dompet Dhuafa, manakala di Malaysia akan disalurkan kepada Cinta Gaza Malaysia
Mengimbas kembali proses penghasilan buku, Guzelya berkata: "Saya mendapat inspirasi untuk cerita ini dalam masa seminggu dan segera menulisnya, namun proses penyuntingan dan penambahbaikan mengambil sedikit masa untuk memperhalusi butiran dan urutan cerita.
"Saya juga merujuk kepada pakar di Asia Barat serta tokoh agama kerana sebagai seorang Muslim, saya mahu memastikan cerita futuristik ini tidak bertentangan dengan kepercayaan agama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Ditulis oleh penulis Uyghur-Perancis, Guzelya Marisova, beliau menulis buku itu sebagai cara untuk menyuarakan kesedihan di dalam hatinya. - Bernama

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.
'First class systems, third class maintenance' masih terjadi - Pakar
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan juga Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan ukm (JANA@UKM), Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani berkata, ini bagi memastikan infrastruktur negara terus berfungsi secara optimum dan tidak menjadi liabiliti jangka panjang.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.