Kerajaan negeri Sabah terus komited dalam mempergiatkan serta memajukan sektor pelancongan sebagai pemangkin ekonomi di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata melalui Koridor Pembangunan Sabah (SDC) kerajaan negeri telah memberi tumpuan kepada sektor utama, khususnya sektor pelancongan untuk mencapai peningkatan ekonomi yang jitu dan mapan.
"Oleh itu amat penting semua pihak terus menggembleng usaha dan tenaga bagi memacu kemajuan sektor pelancongan negeri serta mempromosikan Sabah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Walaupun terdapat beberapa kebimbangan dalam kalangan pelancong seperti penularan wabak penyakit di beberapa negara, namun sektor pelancongan negeri terus menunjukkan perkembangan yang positif kerana kita mempunyai pelbagai destinasi pilihan yang menarik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Tambunan 2017, di sini pada Rabu.
Musa berkata bidang pelancongan dan kebudayaan terus berkembang dengan pesat di Sabah.
Sehubungan itu, beliau berkata bagi memastikan pembangunan sektor pelancongan secara lestari, semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk menjaga dan memelihara keindahan alam semesta di kawasan masing-masing.
"Tanggungjawab jabatan dan agensi kerajaan berkaitan untuk mengawal selia tempat-tempat pelancongan di Sabah perlu diberi penekanan bagi memastikan imej baik negeri yang sememangnya terkenal sebagai 'syurga pelancongan' terus terjaga.
Ketika mengulas mengenai majlis itu, Musa berkata pelancaran Tahun Melawat Tambunan 2017 merupakan satu langkah terbaik dan tepat pada masanya.
"Ini kerana daerah Tambunan bukan sahaja pesat membangun dengan pelbagai kemajuan, namun ia sangat terkenal dengan keindahan serta keunikan yang tersendiri," tambahnya.
Turut hadir pada majis itu, Tambalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Jospeh Pairin Kitingan dan Pegawai Daerah Tambunan Thomas Logijin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Pelancaran Tahun Melawat Tambunan 2017.
Hadir sama beberpa menteri Kabinet negeri termasuk Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Sementara itu, Pairin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan berkata ilham untuk menjadikan daerah berkenaan sebagai antara destinasi pelancongan di Sabah telah sekian lama dirancang berikutan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini.
"Tambunan mempunyai pelbagai tempat menarik antaranya Gunung Trus Madi, air terjun Mahua serta pelbagai tinggalan sejarah yang juga menjadi salah satu produk pelancongan di daerah ini," katanya.
Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi di pedalaman, Sabah yang terletak kira-kira 81 kilometer dari Kota Kinabalu. Ia dikelilingi oleh sawah padi dengan kira-kira 70 buah perkampungan dan kebanyakan penduduknya daripada suku kaum Dusun. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 02 2016
Amat penting semua pihak terus menggembleng usaha dan tenaga bagi memacu kemajuan sektor pelancongan negeri serta mempromosikan Sabah di peringkat serantau dan antarabangsa. - Foto Astro AWANI
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.
Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.
Pahang rekod 5.9 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM5.3 bilion
Pahang merekodkan 5.9 juta kedatangan pelancong dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5.3 bilion dalam tempoh enam bulan bermula Januari tahun ini.
Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis.
Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH
Masih ramai yang lihat isu keselamatan dalam industri pelancongan sebagai sesuatu yang kecil berbanding sektor pembinaan dan pengilangan.
AirAsia tawar 10 juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi bermula hari ini
AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan.
Malaysia Airlines lancar MHplus secara global untuk tingkat perkongsian pasaran utama
MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024.
#DahSampai: Pemain industri pelancongan perlu kreatif, teroka pelbagai platform
Infrastruktur harus sentiasa dinaik taraf selari dengan pakej-pakej yang ditawarkan bagi menarik minat pelancong dalam dan luar negara.
SMK Tinggi Batu Pahat sekali lagi juara 'Inter-school Competition' Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor's
Platform inklusif dan pemerkasaan untuk pelajar pamer kecekapan dalam perakaunan, kemahiran pemikiran kritis, serta kerjasama berpasukan.
Tourism Malaysia anjur jerayawara di enam bandar raya di India
Kempen itu bermula dari Amritsar di Punjab pada 14 Ogos dan berakhir di Kochi di Kerala pada 25 Ogos.