DALAM laporan kewangan yang diterbitkan semalam, Tim Cook mengumumkan kini terdapat 2.35 bilion peranti Apple aktif di dunia.


Ringkasan AI
  • Dalam laporan kewangan yang diterbitkan semalam, Tim Cook mengumumkan kini terdapat 2.35 bilion peranti Apple aktif di dunia.
  • Secara keseluruhan, sebanyak 150 juta peranti baharu diaktifkan sejak setahun lalu, yang bersamaan dengan peningkatan 6.85%.
  • Apple menunjukkan penyusutan pendapatan paling ketara di China sejak dua tahun kebelakangan ini, dipacu oleh kebangkitan semula Huawei dan warga China yang kini memilih untuk menyokong produk keluaran tempatan.


Ini sekali lagi adalah peningkatan berbanding 2.2 bilion yang dilaporkan pada Februari 2024.

Secara keseluruhan, sebanyak 150 juta peranti baharu diaktifkan sejak setahun lalu, yang bersamaan dengan peningkatan 6.85%1.

Sungguhpun begitu, kadar peningkatan peranti aktif Apple baharu mencatatkan penyusutan. Antara 2022 dan 2023, Apple mencatatkan peningkatan 200 juta peranti aktif baharu, yang bersamaan dengan peningkatan 10%.

Penurunan ini selari dengan penyusutan pendapatan iPhone sebanyak -1%, tetapi pada waktu yang sama, pendapatan Mac meningkat 15% dan iPad pula meningkat 15%2.

Apple menunjukkan penyusutan pendapatan paling ketara di China sejak dua tahun kebelakangan ini. Ia dipacu oleh kebangkitan semula Huawei dan warga China yang kini memilih untuk menyokong produk keluaran tempatan. -Amanz