SEORANG jurugambar, Sam Rowley, yang memenangi anugerah fotografi hidupan liar dari Natural History Museum London, berharap foto 'dua ekor tikus sedang bertarung' akan membuka mata masyarakat tentang satu sisi kehidupan di kotaraya London yang tidak diteroka banyak pihak.
Rowley mengakui dia menerima pandangan pelik daripada orang ramai ketika berbaring di lantai di banyak stesen kereta api sekitar London demi mendapatkan shot yang diingini.
"Ramai yang terkejut dan ada yang nampak tidak selesa, tetapi apabila saya menjelaskan sebab saya berbuat demikian, mereka okey," kata Rowley kepada CNN.
Rowley, seorang jurugambar bersama BBC, mendapat idea untuk mengambil gambar seumpama itu selepas menerima video yang dihantar seorang rakan, yang memaparkan dua ekor tikus bergaduh di tepi jalan.
Jurugambar berusia 25 tahun itu kemudiannya menghabiskan masa kira-kira seminggu, singgah ke beberapa platform stesen kereta api dan berada di lokasi dari malam sehingga awal pagi.
"Saya agak kecewa dengan apa yang saya dapat pada mulanya, tetapi usaha pasti akan membuahkan hasil.
"Anda harus menceritakan kisah tentang bagaimana manusia dan haiwan ada perkaitannya.
"Kita selalu fikir tentang haiwan liar yang besar dan gah, tetapi saya rasa kita perlu juga menghargai haiwan kecil, yang turut berjuang untuk terus hidup," tambahnya.
Pengarah Natural History Museum London, Michael Dixon memaklumkan penyertaan itu dipilih kerana ia memberikan gambaran menarik tentang bagaimana haiwan hidup dalam persekitaran yang dikuasai manusia.
Foto itu dipilih sebagai pemenang menerusi undian orang ramai, menewaskan 48,000 penyertaan lain.
Agensi
Sun Feb 16 2020

Foto 'dua ekor tikus sedang bertarung' beri tuah kepada Sam Rowley. - Foto oleh Sam Rowley/Twitter Natural History Museum
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.

Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.

Pengasas KK Mart, Kapten Batik antara penerima anugerah SEBA Awards 2024
Kee Chan diberikan Anugerah Usahawan Terbaik Tahun 2024 manakala Farhan pula memenangi Anugerah Usahawan Fesyen Terbaik Tahun 2024.

ContentAsia Awards 2024: Astro raih sembilan anugerah
Ia menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton.

Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024
Filem Abang Adik berjaya merangkul dua anugerah utama pada majlis MGGA 2024 yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri pada Sabtu.

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15
AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali ke-15.

Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023
Adibah Amin merupakan wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.