KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) merangka Pelan Tindakan bagi perlaksanaan kempen 'Hentikan Stigma Kesihatan Mental' di bawah sektor promosi kesihatan mental.
Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip berkata, antara inisiaitif diambil termasuk mengaktifkan kumpulan teknikal kerja kesihatan mental.
Kumpulan itu merupakan Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental (MPPKM) yang berperanan sebagai tenaga penggerak dalam perlaksanaan kempen ini yang dipengerusikan Menteri Kesihatan.
Ujarnya, KKM juga mengaktifkan peranan MPPKM bagi perluasan kempen kerana ia diwakili pelbagai kementerian, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
"Selain itu, pelaksanaan Pelan Tindakan promosi kesihatan mental juga memfokuskan kepada komponen psikopendidikan, antara lain, melalui pameran advokasi dan latihan kesedaran pengukuhan advokasi kesihatan mental kepada ketua komuniti atau ketua kampung.
"Ia juga memperkasa kerjasama dengan rakan strategik di sektor awam dan swasta, serta peranan pasukan Mental Health Psychosocial Support Services (MPHSS) KKM dan ahli AKRAB terlatih serta sukarelawan NGO, sebagai agen sokongan sosial di organisasi dan komuniti.
"Ahli keluarga, rakan-rakan dan ahli masyarakat juga memainkan peranan penting dengan memberi sokongan emosi kepada individu terkesan dengan isu kesihatan mental, atau meraka yang mengalami krisis kesihatan, dengan tidak menganggap apa yang mereka alami sebagai perkara remeh.
"Sebaliknya, tetap cuba memahami situasi mereka dengan memberi sokongan emosi, contohnya sedia mendengar luahan sebelum mendapatkan bantuan professional," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI baru-baru ini.
Mengulas mengenai tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 iaitu 'Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma', Nurul Hidayah berkata, objektif dan mesej utama yang diketengahkan adalah berkait rapat dengan data terkini berhubung kesihatan mental.
"Stigma kesihatan mental merujuk kepada sikap, kepercayaan dan stereotaip negatif yang dipegang oleh individu atau masyarakat terhadap orang yang mempunyai masalah kesihatan mental.
"Ia boleh mengakibatkan diskriminasi, prasangka dan peminggiran mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, menyebabkan mereka sukar mendapat bantuan, menerima sokongan atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat.
"Stigma boleh menjadi penghalang kepada rawatan kesihatan mental dan mendatangkan akibat yang berbahaya bagi mereka yang terjejas oleh keadaan kesihatan mental, sehingga boleh cenderung kepada tingkahlaku berisiko," katanya.
Menurut Nurul Hidayah lagi, Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) pada 2019 mendapati 2.3 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami masalah kemurungan.
Manakala dapatan Kajian NHMS 2022 menunjukkan, satu daripada lapan remaja pernah terfikir untuk membunuh diri dan satu daripada 10 remaja pernah cuba membunuh diri.
Justeru, Nurul Hidayah berharap kempen tersebut mendapat sokongan daripada individu, keluarga, ketua komuniti, komuniti, majikan atau ketua jabatan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Kempen akan melibatkan pelbagai program bermanfaat yang akan dilaksanakan di fasiliti kesihatan KKM iaitu 1,080 klinik kesihatan primer, 66 hospital berpakar disokong 3,620 ahli MHPSS KKM serta 52 NGO Kesihatan Mental KKM.
Bagi mereka yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang mempunyai kesihatan mental dan perlukan sokongan dan bantuan, boleh hubungi Talian HEAL 15555.
Astro Awani
Tue Nov 07 2023
Kementerian Kesihatan Malaysia mengatur pelbagai program untuk menjayakan kempen 'Hentikan Stigma Kesihatan Mental' melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. - Foto KKM
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.