Sama ada secangkir kopi yang anda minum itu ada umph atau tidak, ia bergantung kepada sejauh mana kemahiran penyedia kopi atau yang dipanggil 'barista'.
Mereka yang bergelar 'barista' ini bukan sahaja mesti suka minum kopi tetapi perlu cuba minum sebanyak mungkin jenis kopi.
Dengan cara ini, beliau boleh membiasakan dirinya dengan pelbagai warna, rasa, tekstur serta bau yang dihasilkan secangkir kopi.
Ini pandangan Ahmad Ghaasem Zadeh, penyelia kanan Artisan Coffee yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.
Menurut beliau barista baru memerlukan dua hingga tiga minggu untuk belajar seni membuat kopi yang istimewa.
Di samping memeriksa suhu air yang betul serta kesegaran biji kopi, seorang barista juga perlu tahu cara yang betul untuk mengewapi susu.
Beliau berkata antara pilihan popular seperti 'cappuccino', 'cafe latte', 'piccolo' dan 'flat white' memerlukan jumlah susu yang tepat. Juga penting untuk susu itu dibuihkan dengan betul.
"Untuk membuat piccolo kita perlukan empat auns susu, untuk flat white enam auns dan untuk latte, lapan auns. Setiap satu memerlukan jumlah buih yang berbeza," kata Ahmad.
KESEGARAN ITU YANG TERBAIK
Menurut Ahmad kesegaran biji kopi akan menentukan kesedapan biji kopi yang dipanggang.
Untuk tujuan itu, barista perlu melakukan ujian rasa biji kopi yang menyeluruh sebaik sahaja menerimanya daripada pembekal.
Rasa kopi pernah digambarkan menggunakan istilah yang lazim dipakai dalam uji rasa wain seperti sitrus, bungaan serta berasid.
Seperti wain, biji kopi paling baik disimpan dalam tempat yang sejuk dan gelap untuk mengekalkan rasa serta aromanya bagi tempoh yang panjang.
Ia juga menjadikan selamat untuk memasak serta meminumnya walapun selepas berbulan-bulan biji kopi itu dipanggang.
Mengimbangkan rasa kopi adalah penting. Secangkir kopi yang bagus mempunyai imbangan kemanisan yang asli serta kepahitan.
Ahmad memberikan contoh iaitu secangkir espresso yang bagus adalah kombinasi peralatan yang digunakan untuk mengisar serta mencampur biji kopi yang dipanggang di samping kemahiran barista yang menyediakannya.
"Untuk mendapatkan secangkir kopi yang bagus, semua faktor perlu diambil kira," tambahnya.
PENGGUNAAN KOPI ASEAN
Rantau ASEAN dengan jumlah penduduk lebih 625 juta menyaksikan peningkatan dalam penggunaan kopi sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Victor Mah, Presiden Persekutuan Kopi ASEAN dan Persatuan Kopi Singapura berkata keseluruhan penggunaan kopi di rantau ini dijangka meningkat antara 10 dan 20 peratus setahun.
Pertumbuhan ini diterajui kafe milik usahawan kecil dan kedai kopi tempatan seperti kopitiam.
Separuh daripada penduduk ASEAN berusia antara 15 dan 60.
"Daripada jumlah itu, hampir 70 peratus gemar minum kopi," tambah Mah.
SUMBANGAN KEPADA EKONOMI
Malaysia dan negara-negara jiran telah menyaksikan permintaan yang meningkat untuk pengeluaran biji kopi berkualiti tinggi sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Ini mungkin kerana kopi semakin dihargai dan bukan setakat komoditi.
Budaya minum kopi dalam kalangan generasi muda serta profesional di negara ini telah melahirkan pelbagai konsep kedai kopi serta kafe di seluruh negara.
Steven Tan, Pengurus Besar Cafe Malaysia Conference and Exhibition Management Services, berkata kedai kopi pakar hari ini membentuk tradisi sosial baru dan menukar cara orang minum kopi kegemaran mereka.
"Kopi istimewa semakin menjadi kegemaran ramai di Malaysia, meskipun terdapat keperluan untuk mendidik mereka yang menjadi sasaran kami," katanya.
Tan memberi contoh, penggunaan domestik dalam pasaran Indonesia untuk beberapa tahun lepas telah meningkat daripada 18,000 tan kepada 230,000 tan dengan bertambahnya golongan kelas pertengahan.
Malaysia dan Thailand juga menunjukkan corak pertumbuhan yang sama dalam penggunaan dalam negeri.
Bernama
Fri Jul 22 2016

Sama ada secangkir kopi yang anda minum itu ada umph atau tidak, ia bergantung kepada sejauh mana kemahiran penyedia kopi atau yang dipanggil 'barista'. - Gambar hiasan

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Kopi boleh jadi perniagaan lumayan
Sama ada secangkir kopi yang anda minum itu ada umph atau tidak, ia bergantung kepada sejauh mana kemahiran penyedia kopi atau yang dipanggil 'barista'.