Sebahagian kucing yang diselamatkan di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di sini Rabu lalu kini dirawat di beberapa klinik haiwan di sekitar ibu negara dan Selangor sebelum diserah untuk dipelihara oleh keluarga baharu mereka.
Pengerusi Sahabat Kucing Jalanan, Mohd Rosli Mohd Ariffin berkata kucing-kucing itu akan dipastikan tahap kesihatan mereka termasuk bebas daripada jangkitan virus.
Beliau berkata sebahagian lagi kucing yang telah dipastikan sihat, kini diletakkan sementara di sebuah premis yang menyediakan perkhidmatan 'hotel kucing'.
"Kami juga akan mendapatkan laporan perubatan daripada beberapa veterinar swasta mengenai tahap kesihatan kucing-kucing berkenaan. Bagi kucing yang sakit antaranya seperti dijangkiti virus Sporo, buta dan menghadapi masalah kulit yang teruk, mereka akan dipulihkan terlebih dahulu.
"Seterusnya kesemua kucing itu akan diberikan vaksin dan menjalani proses pemandulan sebelum diserahkan kepada tuan mereka yang baharu," katanya kepada Bernama.
Menurut Mohd Rosli, sehingga kini bil perubatan untuk rawatan kucing yang sakit itu dijangka melebihi RM6,000.
Pada Rabu lalu anggota Sahabat Kucing Jalanan bersama sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sentul berjaya menyelamatkan 46 ekor kucing yang dikurung dan diabaikan di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul.
Langkah menyelamat itu dibuat ekoran aduan Kelab Pencinta Kucing yang mengesyaki seorang individu telah mempergunakan kucing-kucing itu untuk mendapatkan wang daripada orang ramai.
Lelaki berusia 41 tahun yang juga seorang penganggur itu dipercayai menularkan mengenai keadaan kucing-kucing berkenaan melalui Facebook untuk mendapatkan sumbangan kewangan, kononnya bagi membeli makanan dan merawat haiwan-haiwan itu yang sedang sakit.
Mohd Rosli memberitahu jumlah sebenar haiwan itu yang diselamatkan ialah 72 ekor termasuk seekor arnab.
Beliau berkata pihaknya menerima aduan bahawa kucing-kucing itu tidak dijaga dengan baik, tanpa diberi makan dan dibiarkan sakit.
"Beberapa pihak telah turut berjumpa dan berunding dengan lelaki berkenaan bagi menawarkan khidmat merawat kucing-kucing tersebut, namun lelaki itu menolak permintaan mereka dan berkata dia hanya berkehendakkan wang bagi menjaga kucing-kucing itu.
"Pihak kami terpaksa bertindak cepat bagi menyelamatkan kucing-kucing tersebut kerana dipercayai lelaki berkenaan pernah mengugut untuk mencederakan haiwan berkenaan sekiranya terdapat pihak yang cuba merampas haiwan peliharaannya itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2017
![Kucing terbiar yang diselamatkan kini diberi rawatan Kucing terbiar yang diselamatkan kini diberi rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41507130793_kucingjalanan.jpg)
Pada Rabu lalu anggota Sahabat Kucing Jalanan bersama sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sentul berjaya menyelamatkan 46 ekor kucing yang dikurung dan diabaikan di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul.
![TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729680466_TBRamanan.jpg)
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739015792_NaibPresidenTMu.jpg)
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
![Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739020959_950x600.jpg)
Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Firma Jepun penuhi peningkatan permintaan pembakaran jasad haiwan peliharaan Firma Jepun penuhi peningkatan permintaan pembakaran jasad haiwan peliharaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725839631_cremationsmallpets.jpg)
Firma Jepun penuhi peningkatan permintaan pembakaran jasad haiwan peliharaan
Sebuah syarikat di Jepun telah membangunkan teknologi yang mampu mengendalikan pembakaran bangkai haiwan terkecil, seperti ikan hiasan untuk menjadikan abu haiwan peliharaan itu sebagai kenang-kenanga
![10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan setiap tahun di Croatia 10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan setiap tahun di Croatia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720694084_anjing.jpg)
10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan setiap tahun di Croatia
Lebih 10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan di Croatia setiap tahun, terutamanya apabila pemiliknya pergi bercuti, walaupun kempen kesedaran telah dijalankan oleh NGO Friends of Animals sejak 2002, la
![Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977026_cat.jpg)
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
![Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61688112767_TBCATCOVIDx.jpg)
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
![Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713572800_tbbuangitik.jpg)
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
![Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698309770_vaksinrabies.jpg)
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
![Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687232730_ChanFoongHin.jpg)
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
![Penumpang wanita kehilangan anjing di lapangan terbang tersibuk dunia Penumpang wanita kehilangan anjing di lapangan terbang tersibuk dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693184137_TBMISSINGDOGDELTA.jpg)
Penumpang wanita kehilangan anjing di lapangan terbang tersibuk dunia
Anjing kesayangan Paula Rodriguez bernama Maia yang berusia enam tahun didakwa dihilangkan oleh kakitangan penerbangan semasa transit.
![Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675497518_haiwanpeliharaan.jpg)
Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing
Langkah itu lebih wajar berbanding menyekat atau melarang penjualannya supaya dapat mengelak penganiayaan serta eksploitasi haiwan.
![Penjaga haiwan berbelanja lebih, elak risiko strok haba Penjaga haiwan berbelanja lebih, elak risiko strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683346637_Penjagahaiwanberb.jpg)
Penjaga haiwan berbelanja lebih, elak risiko strok haba
Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, sanggup berbelanja lebih sejak bulan lepas untuk keperluan kucing dan anjing di pusat itu susulan cuaca panas.