MENIKMATI keindahan pulau-pulau eksotik, membina rangkaian perhubungan, mempromosi destinasi pelancongan, membudayakan semangat kembara dan menyemai rasa bangga pada pilihan percutian dalam negara.
Itulah antara objektif sejumlah 30 wakil media daripada Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) yang akan terlibat dalam program lawatan media anjuran bersama TRAM, Tourism Johor dan Kerajaan Negeri Johor bermula dari 6 hingga 8 Ogos 2016 ini.
Tumpuan program kali ini adalah bagi mempromosi destinasi pelancongan di negeri Johor khususnya di pulau-pulau yang terdapat di daerah Mersing.
Tidak kalah kalau dibandingkan dengan kepulauan Maldives, kepulauan Mersing juga menawarkan pengalaman percutian indah yang dilatari elemen yang mempesonakan.
Keindahan yang masih belum ‘terusik’ di perairan Mersing menjadikan pulau-pulaunya destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mencari ketenangan bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Menerusi program tiga hari dua malam itu nanti, wakil media akan dibawa menjelajah beberapa pulau peranginan seperti Pulau Rawa, Pulau Besar dan Pulau Tengah. Program tersebut akan turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan & Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong; pegawai daerah dan Yang Dipertua Mersing.
Menurut Presiden Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM), Azlie Halim, program ini merupakan satu usaha murni pihak Kerajaan Negeri Johor untuk mempromosikan produk serta destinasi pelancongan di negeri Johor.
“Kita percaya dengan penglibatan wakil media dari Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia ini kita akan dapat membantu memberikan publisiti kepada destinasi pelancongan yang ada di Johor menerusi saluran media cetak, elektronik dan media sosial secara lebih efektif.
“Apa yang pasti usaha ini secara tidak langsung dapat memberikan satu pengalaman baharu buat wakil media sekali gus menyemarakkan kembali industri pelancongan di negeri Johor khususnya di daerah Mersing,” kata Azlie.
Jalinan kerjasama antara TRAM dan Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor ini selaras dengan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melibatkan pihak NGO, media dan Jabatan Kerajaan dalam usaha menjayakan aspirasi pelancongan negara.
* Teruskan mengikuti laman web www.AstroAwani.com untuk laporan kembara dan pelancongan ke destinasi menarik ini nanti.
Astro Awani
Wed Aug 03 2016

Keindahan Pulau Rawa sememangnya menjadi igauan pencinta pelancongan dari dalam dan luar negara. - Foto Bernama

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.

Pekerja pembersihan maut, seorang lagi parah dipijak gajah di Mersing
Seorang pekerja pembersihan kontrak maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dipijak gajah di kawasan hutan kecil berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5 hari ini.

Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara.

ADUN Endau kemalangan, terima 19 jahitan
Alwiyah yang mengalami kecederaan di dagu dan mulut menerima 19 jahitan dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.

Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.

Kru nelayan hilang terjatuh laut, APMM gerakkan operasi carilamat
Seorang kru bot nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot, pada kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil.

Enam cedera nahas tiga kenderaan
Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, Proton Satria Neo dan Toyota Vios.

Lelaki maut nahas dua kenderaan di Mersing
Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Proton Iswara.

Amaran hujan berterusan di Mersing dan Kota Tinggi hingga esok
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor hingga esok.