SETIAP kereta atau kenderaan empat roda kebiasaannya dilengkapi dengan pelbagai jenis lampu amaran yang memberikan indikasi atau kondisi kereta.
Di antaranya adalah lampu ‘check engine’ atau ditampilkan dalam bentuk logo sahaja.
Bayangkan anda sedang ralit memandu dan tiba-tiba anda dapati lampu ‘check engine’ menyala. Reaksi spontan biasanya kita akan jadi hairan dan risau kerana memikirkan apa yang tidak kena pada kereta.
Lampu tersebut menyala kerana sistem komputer di dalam kereta telah mengesan ada masalah pada sistem kereta.
Dan kondisi ini bergantung kepada jenis, tahun dikeluarkan dan juga model kereta.
Ia menyala berkemungkinan kerana kereta anda ada masalah enjin, transmisi, suspensi atau juga masalah brek.
Terdapat segala macam sebab yang menyebabkan lampu ‘check engine’ ini menyala dan jalan terbaik untuk atasi masalah ini adalah melakukan pemeriksaan atau diagnosis secara lebih terperinci.
APA ITU LAMPU 'CHECK ENGINE'?
Ia sebenarnya lampu amaran bagi pelbagai sistem yang beroperasi dalam kereta.
Atau dalam bahasa mudahnya sejenis lampu amaran untuk pengurusan enjin/transmisi/elektrikal yang akan menyala jika ada sebarang masalah dikesan pada enjin kereta.
Konsepnya sama sahaja dengan mesej ‘error’ yang muncul pada skrin komputer anda jika masalah dikesan dalam sistem.
BOLEH DIPANDU ATAU TIDAK?
Ketika anda mendapati ia menyala secara tiba-tiba tetaapi tidak mendatangkan masalah secara langsung kepada kenderaa, ia bermakna anda boleh terus memandunya.
Namun pergilah periksa dan dapatkan pendapat mekanik yang pakar dalam hal ini.
Jika anda mendapati ada perbezaan ketara ketika memandu seperti kenderaan semakin semput, bergegar atau bunyi yang kuat.
Berhenti dengan segera dan hubungi trak tunda. Kita tidak mahu masalah akan menjadi lebih teruk. Tetapi cari lokasi sesuai untuk berhenti, jangan berhenti di lokasi yang tidak dibenarkan.
IA KEKAL MENYALA
Jika lampu ‘check engine’ terus menyala dalam jangka masa yang lama, sila ambil langkah segera seperti yang dinyatakan di atas.
TERPADAM DENGAN SENDIRI
Selepas beberapa ketika anda dapati lampu amaran tersebut padam secara tiba-tiba. Usah rasa lega dulu kerana mungkin sistem komputer kereta menyimpan data mengenai masalah yang berlaku.
Dan ia boleh diperiksa dengan lebih lanjut di bengkel. Jadi jika ia terpadam sendiri sekali pun, pergilah periksa ya.
RESET LAMPU AMARAN ‘CHECK ENGINE’?
Ada sesetengah pemandu melakukan hal seperti ini kerana ingin ‘memadamkan’ amaran tersebut secara paksa.
Ia dilakukan dengan memutuskan sambungan bateri atau fius. Namun ia amatlah tidak digalakkan.
Ini kerena melakukan perkara ini akan menghilangkan kod masalah asal yang timbul. Malah banyak syarikat pengeluar melarang dan mencegah ia daripada dilakukan.
Satu perkara anda perlu ingat, setiap model kenderaan memerlukan alat ujian diagnostik tersendiri.
Jika masalah yang timbul itu telah dibaiki, ia biasanya akan terpadam dengan sendiri. Atau dipadamkan dengan menggunakan 'code reader'.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kereta atau kenderan masing-masing.
Jangan lupa menonton ‘RODA PANAS’ setiap Isnin jam 9:30 malam di Astro Naura!
Sumber: mekanika.com.my
* Artikel asal disiarkan di Maskulin.
Maskulin
Tue Sep 21 2021

Ia menyala berkemungkinan kerana kereta anda ada masalah enjin, transmisi, suspensi atau juga masalah brek. - Foto Maskulin

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Lampu enjin kereta menyala. Usah cemas, ini apa yang perlu anda lakukan
Lampu tersebut menyala kerana sistem komputer di dalam kereta telah mengesan ada masalah pada sistem kereta.