LANGKAWI: Membeli sayuran dan buah-buahan di pasar mungkin sudah biasa, namun alangkah seronoknya, jika pelanggan dapat terus memetik sayur seakan berada di kebun sendiri.
Itu kelainan yang ditawarkan di Lang Agro Park, sebuah ladang berkonsepkan agropelancongan di Ulu Melaka di sini, sejak setahun lepas.
Pengarah Urusan Lang Agro Sdn Bhd Naira Azlin Mat Nasim berkata ladang berkeluasan 2.4 hektar dibuka pada Januari 2020 itu kini semakin mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar.
"Ladang integrasi ini dibahagikan mengikut plot seperti sayuran berbuah, sayuran berdaun, buah-buahan dan kolam ikan tilapia. Ada kira-kira 50 jenis sayuran dan buah-buahan di ladang ini antaranya terung, sawi kerinting, timun, jagung mutiara, kangkung, golden melon, markisa dan buah tin.
"Lang Agro Park yang pertama mempopularkan konsep datang dan petik sendiri sayuran dan buah-buahan di Langkawi. Kita dapati pelawat yang datang bersama ahli keluarga seronok dapat petik sendiri hasil di ladang ini, satu pengalaman yang mengujakan buat mereka," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Naira Azlin berkata sayuran dan buah-buahan di ladang tersebut boleh dituai mengikut jangka masa tertentu dan apabila hampir waktu untuk dituai, hebahan menerusi laman sosial Facebook akan dilakukan.
"Kangkung mengambil masa kira-kira dua minggu untuk dituai, selain itu bayam (dua minggu), sawi kerinting (empat minggu) dan terung (dua bulan). Apabila tiba waktu yang sesuai kita akan hebahkan kepada orang ramai.
"Sejak dibuka kepada orang ramai, sambutan diterima sangat menggalakkan, malahan kadangkala permintaan sangat tinggi," kata lepasan Program Inkubator Usahawan Belia Tani Jabatan Pertanian Malaysia itu.
Naira Azlin berkata selain jualan terus kepada pelanggan, pihaknya turut membekalkan sayuran dari ladang tersebut kepada pasar raya dan kedai runcit sekitar Langkawi.
"Bekalan sayuran di Langkawi kebanyakannya dibawa dari tanah besar dan sejak ladang ini dibuka kita sudah dapat tampung kira-kira 40 peratus permintaan pasaran di pulau ini," katanya. -- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sun Feb 28 2021
Ladang berkeluasan 2.4 hektar dibuka pada Januari tahun lalu berkonsepkan agro pelancongan dan kini menjadi pilihan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar. - Bernama
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar
Ladang berkeluasan 2.4 hektar itu kini mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar.