KUALA LUMPUR: Kaji selidik oleh Airbnb, penyedia perkhidmatan penginapan dalam talian, mendapati lebih separuh daripada responden berpotensi untuk menginap di penginapan sewa jangka pendek ketika melakukan perjalanan domestik.
Ia berkata kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 1,020 rakyat Malaysia antara 23 Disember 2021 hingga 14 Januari 2022, mendedahkan lebih dua pertiga (68 peratus) rakyat Malaysia berkemungkinan menggunakan Airbnb apabila mereka melakukan perjalanan selanjutnya dan 44 peratus responden menyewa di Airbnb dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Hasil kaji selidik itu menunjukkan konsensus tempatan yang kukuh bahawa penginapan sewa jangka pendek memberi manfaat kepada masyarakat tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ia berkata keputusan itu juga menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yakin terhadap penginapan sewa jangka pendek dapat memberi kesan positif untuk komuniti kerana pelancong dari pasaran domestik dan antarabangsa terus menyokong pemulihan ekonomi negara.
"Lebih dua pertiga bersetuju bahawa ia mewujudkan rangsangan ekonomi di kawasan kejiranan dan 62 peratus responden percaya secara keseluruhan penginapan sewa jangka pendek memberi manfaat bukan sahaja untuk tuan rumah tetapi juga perniagaan dalam komuniti.
Menurut kenyataan itu, lebih 60 peratus daripada mereka yang dikaji selidik menyokong penduduk di bandar menyewakan rumah mereka di Airbnb dan 80 peratus responden percaya rakyat Malaysia harus dibenarkan mengguna pangsapuri kosong yang berlebihan sebagai sewa jangka pendek bagi menyelesaikan isu hartanah yang tidak terjual, terutama di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua Dasar Awam (Asia Tenggara) Mich Goh berkata kaji selidik itu jelas menunjukkan rakyat Malaysia yakin penginapan sewa jangka pendek membuahkan hasil positif bagi komuniti kedua-dua pelancong tempatan dan antarabangsa yang menggunakan Airbnb ketika melancong dalam Malaysia.
"Kita memerlukan kerangka kerja kebangsaan yang jelas, mudah dan berkesan yang membolehkan rakyat Malaysia di seluruh negara menjadi tuan rumah bersama kami.
"Airbnb komited sepenuhnya untuk terus bekerjasama dengan kerajaan ke arah usaha ini. Kami juga kekal fokus untuk menyokong mengembalikan pelancongan dan mempersiapkan komuniti kami untuk mengalu-alukan pelancong dengan selamat dan bertanggungjawab," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022

Hasil kaji selidik itu menunjukkan konsensus tempatan yang kukuh bahawa penginapan sewa jangka pendek memberi manfaat kepada masyarakat tempatan. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Lebih separuh responden pilih untuk tinggal di penginapan Airbnb ketika melancong dalam negara - Kajian
Hasil kaji selidik menunjukkan konsensus tempatan yang kukuh bahawa penginapan sewa jangka pendek beri manfaat kepada masyarakat tempatan.