SUSULAN dakwaan iklan Tahun Baru Cina Petronas untuk 2016 berjudul The Rubber Boy yang didakwa diplagiat, syarikat LeoBurnett memaklumkan dalam satu kenyataan rasmi bahawa ia sama sekali tidak benar.
Pembikin filem, Tan Chui Mui sebelum ini mendakwa iklan itu adalah idea rakannya, dan ia dihantar sebagai cadangan iklan untuk Petronas pada tahun 2015.
Namun dakwa Tan, cadangan itu ditolak.
LeoBurnett menegaskan, pihak mereka tidak akan bertolak ansur dalam hal berkaitan plagiarism, dan akan sentiasa memberikan kredit di mana ia diperlukan.
"Kami yakin bahawa iklan ini adalah hasil kerja pasukan kreatif di syarikat ini, dengan kerjasama klien kami.
"Sepanjang proses perbincangan untuk menghasilkan iklan ini, berlaku banyak pertukaran idea dan cadangan. Hasil akhir adalah apa yang telah kami persetujui bersama klien terbabit.
Pengarah syarikat LeoBurnett yang menghasilkan iklan itu, Eswara VAN Sharma, menunjukkan perbezaan antara slide pembentangan yang dibuat mereka, dengan slide pembentangan yang dibuat Tan.
Ia dimuat naik Eswara ke akaun Facebooknya, meminta orang ramai membuat penilaian sendiri.
Dalam kenyataan balasnya, Tan mendakwa slide berkenaan telah disunting.
"Pengajarannya, jangan hantar pembentangan dalam bentuk PowerPoint," tulisnya.
Biarpun sedar idea yang yang dipersembahkan iklan itu sangat universal, Tan menegaskan bahawa elemen penting seperti bagaimana seorang anak cuba meringankan beban ibunya, sepatutnya tidak dimasukkan.
Pihak LeoBurnett dijadualkan bertemu Tan untuk satu sesi perbincangan, selain turut mendapatkan nasihat guaman.
BACA: Dakwa iklan diciplak: 'Rubber Boy kisah keluarga saya' - Pengarah Kreatif Leo Burnett
Madiha Abdullah
Mon Jun 27 2016
LeoBurnett tegaskan iklan The Rubber Boy adalah hasil kerjasama pasukan kreatif mereka bersama klien terlibat.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
The Rubber Boy: Tarik balik kenyataan, tegas Leo Burnett kepada Tan Chui Mui
Leo Burnett Malaysia hari ini menyerahkan surat tuntutan kepada pengarah filem Tan Chui Mui dan syarikat produksi Da Huang Pictures susulan dakwaan plagiat skrip filem iklan The Rubber Boy.
LeoBurnett bertegas, idea iklan 'The Rubber Boy' bukan hasil ciplak
Pihak LeoBurnett dijadualkan bertemu Tan untuk satu sesi perbincangan, selain turut mendapatkan nasihat guaman.
Dakwa iklan diciplak: 'Rubber Boy kisah keluarga saya' - Pengarah Kreatif Leo Burnett
Pengarah Kreatif Leo Burnett Malaysia James Yap berkata Rubber Boy merupakan kisah peribadi yang tidak diketahui oleh pasukan kreatif Petronas, dan juga pengarah iklan itu.
Pembikin filem dakwa iklan Petronas 'Rubber Boy' ciplak ideanya
Tan Chui Mui berkata idea iklan itu berdasarkan pengalaman kawan beliau ketika kecil, dimana ibunya seorang penoreh getah.