KEKECEWAAN terhadap sikap sesetengah individu yang terlalu tamak dan sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menipu untuk mencapai apa yang dihajati, dicurahkan di atas sekeping kanvas dan diberikan tajuk "Bagai Kera Mendapat Bunga".
Peribahasa yang mengambarkan sikap manusia yang tidak tahu menilai pemberian orang lain itu dijadikan tajuk karya terbaru artis Hamir Soib yang menyertai Art Expo Malaysia 2019.
Karya itu menggambarkan sebuah lukisan Picasso yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini kerana dikaitkan dana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini jadi skandal terbesar negara.
"Bagai Kera Mendapat Bunga" bukan hanya bercerita tentang lukisan Picasso yang dihadiahkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kepada pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio, tetapi ia melihat lebih dari skandal terbesar negara itu.
"Karya ini bercerita tentang sikap manusia yang terlalu tamak, yang selalu lupa diri dan terlalu berkehendak sesuatu itu tanpa mengira batasan.
"Kera mendapat bunga, apa yang kera boleh buat dengan bunga itu, paling tidak pun dia makan saja bunga tu, ini juga merupakan gambaran sikap manusia.
"Ini sikap yang ada pada kita sebenarnya, sama ada kita boleh kawal atau tidak.
"Dalam kes ini (lukisan yang dibeli dengan harga mahal kemudian dihadiahkan kepada orang lain), lukisan ini bercerita tentang kebodohan manusia yang diberi peluang atau mendapat peluang tetapi tidak tahu menggunakannya," katanya kepada Astro AWANI.
Individu yang tamak dan tidak pandai menggunakan peluang sebenarnya ramai dalam masyarakat dan seolah-olah seronok berusaha mempamerkan kebodohan secara terbuka. Sikap ini juga lahir kerana ramai yang berusaha mahu menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki baik secara sah atau tidak.
Menurut Hamir, karyanya bukan bercerita tentang lukisan Picasso sebaliknya ia adalah metafora kepada sikap bodoh manusia yang sanggup membeli sesuatu barangan yang bukan keperluan tetapi kerana mahu bercerita kepada orang lain tentang kemampuannya.
"Kita ini sudah jadi masyarakat yang mahu menunjuk-nunjuk, kita berkawan dengan selebriti itu dan ini, kita jadi masyarakat yang menilai orang dengan melihat apa jenis kereta yang digunakan.
"Kerana mahu mendapat pengiktirafan itu, ramai yang jadi tamak hingga kadang-kadang terpaksa menipu bukan hanya masyarakat tetapi juga diri sendiri.
"Kenapa kita perlu jadi macam itu? Kalau kita hanya mampu pakai kereta kecil, pakai sahaja, tak perlu merasa rendah diri, (kerana) kita jadi berusaha untuk memuaskan orang lain," katanya lagi.
Selain "Bagai Kera Mendapat Bunga", Hamir juga mampamerkan karya yang diberi judul "The Circle" yang menceritakan tentang kelahiran manusia. Ia satu lagi kritikan sosial Hamir terhadap apa yang berlaku disekeliling kita.
"Imej The Circle ini ialah seorang bayi yang baru lahir tetapi badannya sudah seperti seorang dewasa, ini apa yang berlaku sekarang ini.
"Kanak-kanak yang masih mentah, yang masih kecil sudah diberikan segala macam gajet, yang mana sepatutnya dia menjadi kanak-kanak, bermain seperti kanak-kanak bukan menjadi orang dewasa.
"Penyakitnya dalam masa sekarang kita tidak nampak, tetapi satu masa nanti kita akan lihat, sebenarnya mendedahkan kanak-kanak kepada gajet sebenarnya sangat negatif," katanya yang juga merancang untuk mengadakan pameran solo yang keempat pada tahun depan.
Artis kelahiran Sarawak, Edroger Rosili, merupakan seorang lagi artis yang mewakili Segaris Art Center di Art Expo 2019 dengan tiga karya terbarunya.
Karya-karyanya kali ini merupakan kesinambungan dari lukisan-lukisannya sebelum ini yang bercerita tentang anatomi manusia.
"Sebagai pelukis, saya akan menggunakan apa sahaja gaya dalam karya terbaru saya ini untuk bercerita tentang anatomi manusia.
"Sebelum ini saya gunakan kisah Adam dan Hawa, selepas itu bagaimana manusia dikeluarkan dari Syurga dan sekarang saya tertarik dengan manusia menggunakan potensi yang dia ada," ceritanya.
Karyanya kali ini bercerita tentang manusia selepas diturunkan ke bumi, tentang kisah pembunuhan yang pertama berlaku dikalangan manusia iaitu kisah Habil dan Qabil.
Edroger mengambil inspirasi dari karya Jaffar Taib yang bertajuk Hang Tuah dan Hang Jebat untuk menghasilkan karya berjudul Hang Habil dan Hang Qabil.
Selain itu, Edroger juga terinpirasi dari filem arahan Quentin Tarantino, Reservoir Dogs dalam menghasilkan karya yang mempamerkan pembunuhan antara manusia.
"Selain dua lukisan ini, ada juga karya saya kali ini bercerita tentang manusia sebagai khalifah, bagaimana dia menggunakan kuasa dan apa yang digunakan dengan kuasa itu.
"Dalam lukisan saya ada manusia yang menunggang kuda, jadi kuda itu adalah gambaran tentang kuasa yang manusia berusaha miliki," jelas beliau.
Bercerita tentang Art Expo kali ini, Edroger berpendapat menerusi mana-mana pameran, lukisan berada dalam masyarakat dan dapat dinikmati oleh bukan hanya pengumpul lukisan.
Art Expo Malaysia 2019 merupakan siri ke-13 bermula 11 hingga 13 Oktober ini dan diadakan di Matrade Exhibition and Covention Centre.
Selain Hamir Dan Edroger, Segaris Art Center juga membawa enam lagi artis untuk bersama menyertai Art Expo Malaysia 2019 kali ini.
Irwan Muhammad Zain
Thu Oct 10 2019
Art Expo Malaysia 2019 siri ke-13 akan berlangsung 11 hingga 13 Oktober ini di Matrade Exhibition and Convention Centre. - Gambar Ihsan Art Expo 2019
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Art Expo Malaysia semakin diterima masyarakat
Selepas 13 tahun penganjuran Art Expo, banyak perubahan yang telah berlaku dari segi penyertaan galeri dan juga kehadiran orang ramai.
Lukisan Picasso terkait 1MDB jadi bahan karya di Art Expo 2019
Selain Hamir Dan Edroger, Segaris Art Center juga membawa enam lagi artis untuk bersama menyertai Art Expo Malaysia 2019 kali ini.