KUALA LUMPUR: Acap kali, kerjaya jurusolek atau lebih popular dipanggil MUA, singkatan daripada makeup artist dibina berdasarkan minat dan hobi individu itu sendiri yang kemudiannya beralih menjadi satu profesion yang menguntungkan.
Tidak hairanlah, wujudnya stigma masyarakat yang beranggapan jurusolek sebagai satu kerjaya bersifat low class sedangkan profesion itu berpotensi diangkat sebagai kerjaya profesional.
Jurusolek Yuslinaniza Mohd Hanafiah, 40, berpandangan institusi pendidikan seharusnya memainkan peranan penting dalam mengiktiraf kerjaya jurusolek agar karier itu boleh pergi lebih jauh.
"Bidang seni solekan ini luas, namun tiada lagi jurusan seni solekan yang ditawarkan dan diiktiraf di peringkat universiti di negara ini, sebagaimana kursus muzik, tarian, filem atau teater menerusi pengajian Seni Persembahan atau jurusan industri kreatif. Ia adalah penanda aras yang menunjukkan kerjaya jurusolek bukan lagi picisan.
"Biasanya, kursus solekan dibuat MUA sendiri, syarikat kosmestik, pusat kecantikan atau menerusi kursus pendek serta sijil kemahiran yang ditawarkan di Kolej Vokasional atau GiatMara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia MADANI 2023 di Laman Beringin, Istana Budaya, di sini, baru-baru ini.
Bekerja sebagai jurusolek di Istana Budaya sejak 2017, Yuslinaniza berkata, secara tidak langsung, pengiktirafan itu boleh menaikkan karier jurusolek sebagai kerjaya profesional yang mempunyai prestij tersendiri berlandaskan kemahiran serta taraf pendidikan yang diperoleh.
"Jika di luar negara, kerjaya ini adalah satu bidang profesional, semakin lama dalam industri semakin dihargai, disegani dan disanjungi," katanya yang pernah menjadi artis budaya selama 11 tahun di Istana Budaya, sebelum ini.
Jurusolek bebas Dinie Awalluddin, 47, pula berharap pelbagai kursus dan latihan kemahiran dalam bidang seni solekan yang ditawarkan di Kolej Vokasional, Kolej Komuniti dan GiatMara dapat dipertingkatkan dan diperluaskan bagi memenuhi permintaan industri.
Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai jurusolek berkata, hal ini kerana kerjaya itu memerlukan individu berkemahiran tinggi terutamanya bagi generasi muda yang kurang berminat dalam bidang akademik.
"Jangan dilupa, kerjaya ini juga menjadi pilihan buat mereka yang obsesi pada kecantikan sehingga ada graduan dalam bidang lain turut menceburinya.
"Lagipun, kerjaya ini juga tidak kurang hebatnya kerana mampu membawa pulangan lumayan," katanya.
Menurutnya, untuk menjadi jurusolek yang mahir bukanlah mudah kerana seseorang perlu mempunyai asas dan ilmu mengenai solekan.
Turut senada, Zamzuri Ali, 52, yang berharap agar mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia solekan tidak jemu mencedok ilmu solekan bagi memantapkan lagi kemahiran dan kreativiti mereka dalam ilmu menatarias wajah.
"Jurusolek tidak boleh cepat berpuas hati dengan kemahiran dimiliki, tetapi perlu sentiasa mencuba pelbagai teknik baharu supaya mereka tidak ketinggalan," katanya yang sudah setahun berkhidmat di Istana Budaya.
Beliau yang berpengalaman hampir 25 tahun dalam bidang solekan mengakui tidak mempunyai kelulusan formal dalam bidang itu, sebaliknya bermula dengan belajar bersolek melalui individu berpengalaman kemudian mengembangkan minat berkenaan sehingga mahir.
"Manfaatkan peluang yang ada dan jangan sia-siakan bakat yang dikurniakan Allah SWT...kita bukan sahaja jadi MUA yang berbakat tetapi berilmu serta berkelayakan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
![Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701881186_TBjurusolek.jpg)
Acap kali, kerjaya jurusolek atau lebih popular dipanggil MUA, singkatan daripada makeup artist dibina berdasarkan minat dan hobi individu itu sendiri yang kemudiannya beralih menjadi satu profesion yang menguntungkan. - Gambar Bernama
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701881186_TBjurusolek.jpg)
Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT
Ada yang berpendapat, kerjaya sebagai jurusolek low class, sedangkan profesion itu boleh tawar pendapatan lumayan.
![Jurusolek kerugian RM100,000, lesen perniagaan pengurup wang dijanjikan lesap Jurusolek kerugian RM100,000, lesen perniagaan pengurup wang dijanjikan lesap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584248756_TBNOORZAINYPOLISjp.jpg)
Jurusolek kerugian RM100,000, lesen perniagaan pengurup wang dijanjikan lesap
Kejadian dilaporkan berlaku pada Januari 2017 selepas mangsa berkenalan dengan suspek yang kononnya boleh mendapatkan lesen perniagaan dengan cepat.
![Tidak tahu Siti belum sedia kongsi wajah anak Tidak tahu Siti belum sedia kongsi wajah anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71521589240_WannArianna.jpg)
Tidak tahu Siti belum sedia kongsi wajah anak
Katanya, dia hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status tersebut mengundang kemarahan banyak pihak.
![Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina' Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488609222_VinnyOhh.jpg)
Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'
Vinny Ohh setakat ini sudah menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selain turut menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.
![Alaha Majid atasi sakit hendak bersalin dengan bersolek tebal Alaha Majid atasi sakit hendak bersalin dengan bersolek tebal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458442691_AlahaMajid.jpg)
Alaha Majid atasi sakit hendak bersalin dengan bersolek tebal
Antara kelengkapan solekan yang dibawa Alaha Majid ke hospital adalah bulu mata palsu, gincu bibir dan palet pembayang mata 35 warna.