Seorang Master Chef selebriti Amerika, Martin Yan mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah pusat makanan jalanan global pada Ahad.
Yan yang dilahirkan di China merupakan seorang jururunding dan pengajar jurumasak yang amat dihormati , memuji tukang-tukang masak di Pulau Pinang yang terus mengekalkan gaya masakan jalanan selama lebih seratus tahun.
"Buat sekian lama, mereka masih memasak makanan jalanan, dan itu adalah baik. Seseorang hanya mampu berbuat demikian jika mereka memasak makanan dengan sepenuh hati dan minat untuk pelanggan.
"Saya bersetuju sepenuhnya Pulau Pinang dilabel sebagai syurga makanan jalanan," katanya kepada pemberita selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menutup pertandingan masakan, 'Battle of the Chef 2018' di sini pada Ahad.
Beliau berkata makanan jalanan adalah unik kerana orang ramai boleh melihat makanan disediakan di hadapan mereka dan menikmatinya dengan segera.
"Makanan yang disediakan di jalanan dianggap makanan jalanan tetapi jika disediakan di restoran atau hotel ia boleh menjadi makanan 'Bertaraf Michelin'," katanya.
Beliau berkata penyediaan makanan jalanan adalah unik dan ada restoran yang mula mengguna pakai konsep dapur terbuka.
Sementara itu, Chow berharap Persatuan Jurumasak Pulau Pinang dapat mendapat manfaat daripada Yan dalam seni kulinari untuk melonjakkan lagi pelancongan berasaskan makanan.
Battle of the Chef yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada Ahad adalah edisi ke-17 pertandingan itu dan acara seterusnya dijangka berlangsung pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 07 2018

Martin Yan berkata makanan jalanan adalah unik kerana orang ramai boleh melihat makanan disediakan di hadapan mereka dan menikmatinya dengan segera. --fotoBERNAMA

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.84 mata atau 0.69 peratus kepada 1,560.55 daripada penutup semalam pada 1,571.39.

Susulan 'pertelagahan' Trump dan Zelenskyy, Amerika hentikan sementara bantuan ketenteraan ke Ukraine
Bantuan akan dihentikan sehingga Trump benar-benar yakin pemimpin Ukraine menunjukkan komitmen yang ikhlas untuk keamanan.

AS berulang kali tekankan keamanan Ukraine lebih penting daripada jaminan keselamatan
Amerika Syarikat (AS) berulang kali menjelaskan kepada Ukraine bahawa usaha mencapai keamanan adalah lebih penting daripada jaminan keselamatan.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Alami kesukaran bernafas, Pope Francis berehat semalam lagi di hospital
Pope Francis, yang telah dimasukkan ke hospital sejam dua minggu lalu kerana mengalami serangan pernafasan, menghabiskan satu lagi malam berehat di hospital pada Jumaat.

Rundingan fasa seterusnya gencatan senjata Gaza bermula di Kaherah
Delegasi Qatar dan Israel tiba di Kaherah bagi meneruskan rundingan, dengan penyertaan wakil dari Amerika Syarikat.

ASEAN perlu bijak catur strategi untuk mendepani ‘perang tarif’
Konsep neutraliti dan ASEAN Centrality amat penting untuk blok 10 negara itu mengemudi ketidaktentuan ekonomi dan dasar perlindungan perdagangan yang semakin meluas di peringkat global.

Trump sahkan Zelenskyy ke White House esok untuk tandatangani perjanjian “sangat besar” dengan AS
Amerika dijangka peroleh kembali wang mereka yang banyak melalui perjanjian dengan Ukraine, kata Trump.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.