Di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini, sudah tentu ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memenuhkan masa terluang mereka dengan memasak.
Malah, ada yang 'berani' mencuba skil memasak meskipun tidak pernah melakukannya sebelum ini.
Pelbagai resepi viral mahupun resipi turun temurun dari masakan tradisional, barat mahupun Asia turut dikongsi di laman sosial media masing-masing.
Tidak terkecuali laman sosial Facebook @MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL yang mencuit hati apabila rata-rata netizen berkongsi gambar serta bercerita mengenai masakan mereka yang tidak menjadi.
Hanya dalam tempoh beberapa hari, netizen yang mengikuti page ini telah meningkat kepada lebih 750,000 pengikut.
Pemerhatian Astro AWANI tidak kering gusi melihat telatah setiap netizen menceritakan kejutan resepi mereka.
Ada yang membuat pau dan kek tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Ikuti beberapa posting yang dimuat naik dalam laman Facebook ini. Sudah tentu memberi gelak ketawa kepada penonton.
Apa pun, tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang duduk dirumah mengikut arahan PKP yang dikuatkuasakan sehingga 28 April ini.
Menurut pemilik laman sosial ini, Norlaila Dollah Ahmed, 46, berasal dari Grik, Perak dan menetap di Nilai, Negeri Sembilan berkongsi bagaimana beliau memulakan laman sosial yang kini mempunyai lebih 818,000 pengikut dalam tempoh enam hari.
"Pada 14 April itu, sehari sebelum tu saya buat serunding post di Facebook. Masa tengah masak serunding tu saya solat, selepas tu saya tertidur, bangun saja saya tengok serunding saya hangus.
"Sejak itu saya rasa macam nak buat group masak apa tak jadi. Kawan saya tolong buatkan dan tak sangka jadi viral macam ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Justeru tambah Norlaila, beliau berbangga dapat memberi senyuman kepada semua rakyat Malaysia ketika PKP.
"Alhamdulilah ramai yang suka dan hilangkan stress bila berkongsi gambar. Ada juga yang berterima kasih dekat saya dan mesej saya kata mereka stress, tapi bila lihat page saya terus terhibur," katanya.
Perkongsian cerita ini jelas menunjukkan bahawa ia memberi gelak, ketawa kepada rakyat Malaysia ketika berdepan keadaan yang tidak pernah kita jangka.
Dis amping bersama keluarga dan orang tersayang, sudah tentu pelbagai aktiviti baik terutama memasak menjadi pilihan rata-rata rakyat di negara ini.
Teruskan dengan memanfaatkan masa terluang anda untuk mengurangkan stress dan tekanan ketika berada di rumah sewaktu PKP dikuatkuasakan.
Fareez Azman
Sun Apr 19 2020
Laman Sosial Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? menampilkan gambar serta video dikongsi netizen mengenai resepi tidak jadi mereka. Gambar: FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni?
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.