Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan semakin dirasai dengan penganjuran pelbagai acara menarik, antaranya Merdeka Paddle Day 2019.
Acara anjuran Kelab Tasik Putrajaya (KTP) itu melibatkan 62 peserta yang mendayung mengelilingi Tasik Putrajaya sejauh 12 kilometer, di sini pada Sabtu.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim yang juga Pengerusi KTP berkata acara yang masuk tahun kedua itu diadakan bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia pelbagai bangsa khususnya ahli KTP untuk menghargai kedaulatan negara.
"Lebih menarik, tahun ini ada juga ekspatriat yang menyertai acara ini untuk kita tunjukkan keindahan negara kita.
"Saya nampak peserta secara keseluruhannya sangat teruja lebih-lebih apabila mereka mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang laluan dan bersorak setiap kali lalu di bawah jambatan," katanya kepada Bernama.
Aminuddin berkata dayungan yang bermula di KTP itu melalui pelbagai lokasi menarik di sekitar Putrajaya seperti Masjid Putra, Jambatan Putra, Jambatan Seri Gemilang, Marina Putrajaya, Anjung Floria, Monumen Alaf Baru dan Jambatan Seri Wawasan.
Katanya sebanyak tiga jenis sukan air terlibat dalam acara kali ini iaitu kayak dengan 36 peserta, perahu panjang (20 peserta) dan luncur air kayuh berdiri (enam peserta).
"Luncur air kayuh berdiri ini adalah sesuatu yang baharu di Putrajaya dan ia sangat menarik jadi saya fikir untuk membawa sukan ini sebagai sebahagian daripada aktiviti KTP.
"Untuk aktiviti air seperti ini kita tidak boleh melibatkan terlalu ramai peserta bagi memudahkan kawalan keselamatan," katanya.
Aminuddin berkata secara keseluruhannya acara itu berjalan lancar dengan kesemua peserta berjaya menamatkan dayungan antara dua hingga tiga jam dengan dikawal selia oleh urus setia KTP dan Polis Marin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 24 2019

Acara anjuran Kelab Tasik Putrajaya (KTP) itu melibatkan 62 peserta yang mendayung mengelilingi Tasik Putrajaya sejauh 12 kilometer, di sini pada Sabtu. - Bernama

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

MOSTI sambut baik penglibatan pelbagai pihak bangunkan bidang aeroangkasa
Aminuddin berkata ia sejajar dengan usaha kementerian yang mahu memberikan penekanan dan merancakkan lagi pembangunan bidang aeroangkasa.

MTE 2024 jadi pemangkin inovasi dan teknologi negara
MTE 2024 akan memanfaatkan potensi besar Sains, Teknologi, Inovasi dan Pendidikan dalam menangani cabaran paling mendesak.

Petugas khas pascabanjir perkasa usaha gembleng, selaras pengurusan bencana
Ia sekali gus akan memastikan setiap keperluan asas dapat disalurkan kepada mangsa, penilaian risiko dibuat, kebajikan petugas dijaga.

JPBN, JPBD diarah selaras tindakan segera aktiviti pasca banjir
Orang ramai yang berada di lapangan diingatkan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penularan COVID-19.

JPBN diarah waspada Amaran Hujan Lebat Berterusan - NADMA
Pada lewat petang hingga malam ini ribut petir boleh berlaku di pantai timur Semenanjung berdasarkan laporan MET Malaysia.

Operasi pascabanjir termasuk bersih sekolah jadi PPS diselaras segera - NADMA
Menurut Aminuddin, perlu penggembelengan aset-aset kerajaan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dalam kerja-kerja pascabanjir.

Cadangan penjawat awam kerja dari rumah bantu tugasan perkeranian di PKRC - NADMA
Cadangan tersebut akan dibawa untuk perbincangan antara pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan negeri.

RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.

Nadma sedia aktifkan semula fasiliti di MAEPS
Bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kontrak Datuk Bandar KL, Presiden PPj tamat hari ini - Annuar
Annuar Musa berkata keputusan memperbaharui kontrak bagi kedua-dua jawatan itu bagaimanapun akan dibuat mengikut keperluan melalui prosedur tertentu.