Bangun sebelum fajar menyinsing, melumurkan badan dengan minyak bijan serta serbuk herba shikakai, mengenakan pakaian tradisional baharu dan sesetengah pula ke kuil untuk bersembahyang, merupakan rutin lazim menandakan bermulanya sambutan Deepavali bagi kaum India.
Perayaan bermula dengan sarapan enak, lazimnya merangkumi idli dan tose yang diperbuat daripada lentil hitam dan bijian beras yang diperam.
Idli atau kek beras yang dikukus serta tose yang dimasak di atas kuali besi leper, dihidangkan bersama-sama cutni, sambar (kuah lentil), ayam dan kambing.
Pesta itu berterusan sehingga makan tengah hari dan malam meliputi hidangan lengkap nasi putih, beriani atau nasi minyak dengan lauk ayam dan kambing berserta sayur-sayuran. Vegetarian juga menikmati jamuan vegan mewah pada hari berkenaan.
Ini belum diambil kira minuman berkarbonat dan kordial selain teh dan kopi yang diminum sambil mengunyah kudapan seperti muruku, achi muruku (kuih ros), omapudi (hidangan snek kaum India merangkumi kekacang dan lain-lain) serta manisan seperti ladu, halwa dan gulab jamun.
Akan ada yang berkata: "Hari ini sahaja, jadi makan dan minum sesuka hati anda." Bagi yang sihat, perbuatan ini mungkin tidak membawa apa-apa kesan, namun bagi yang menghidap kencing manis, hipertensi atau obesiti, mereka diingatkan agar berfikir sekali lagi.
Sekeping muruku seberat 20 gram (g) mengandungi kira-kira 120 kalori (kal), idli 75g mempunyai 85 kal, tose 80g (120 kal), wade lentil hitam seberat 40g mengandungi 165 kal manakala sesudu besar (10g) kuah ayam atau kambing pula mengandungi 120 kal dan sepotong kambing masak kari (80g) bersamaan 135 kal dan ayam kari (120g) mengandungi 290 kal.
Gabungan kesemua ini boleh menjejaskan kesihatan mereka sementelah menurut Garis Panduan Diet Malaysia, jumlah kalori yang disyorkan bagi peringkat usia 18 hingga 59 tahun ialah 1,900 kal (lelaki) dan 1,600 kal untuk wanita.
Pakar Sains Nutrisi Universiti Teknologi Mara Dr A. Mahenderan berkata makanan kaum India kecuali makanan yang digoreng celur, bergula dan bergaram, pada amnya sihat jika diambil secara sederhana, justeru makan secara berlebihan walaupun hanya untuk sehari perlu dielakkan.
"Jangan terlebih makan sebarang jenis makanan... kunci untuk pemakanan sihat ialah BMV (seimbang, sederhana dan pelbagai). Seseorang itu mesti tahu keperluan kalori hariannya agar mereka boleh mengimbangi diet berdasarkan kalori tersebut pada hari berkenaan," katanya.
Bercakap kepada Bernama di sini, Mahenderan yang juga Ketua Pusat Pengajian Pascasiswazah, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, turut menekankan kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan daripada kumpulan berbeza dalam satu hidangan.
Penolong Setiausaha Persatuan Pemakanan Malaysia itu turut menyarankan pengambilan lebih banyak sayuran, kurangkan nasi, mi, tose atau idli serta minum air kosong sebelum makan bagi membantu pengurusan berat badan.
Ditanya mengenai pengambilan alkohol semasa perayaan iaitu sesuatu yang agak biasa semasa Deepavali, Mahenderan berkata walaupun alkohol tidak mempunyai kalori, pengambilan berlebihan boleh merosakkan hati.
"Hati organ yang amat penting dalam tubuh kita kerana ia mempunyai banyak fungsi... saya secara peribadi tidak jadikannya tabiat. Jika anda minum sekali-sekala, cuba hadkan dan elakkan," katanya yang turut menasihati kaum India menghentikan tabiat minum secara berlebihan semasa merayakan sesuatu.
Paling penting katanya berjalan pantas minimum 10 minit, tiga kali sehari boleh membantu dari segi kecergasan fizikal selain mengamalkan kesederhanaan semasa menikmati juadah pada Deepavali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018

Mengunyah kudapan ketika perayaan adalah suatu yang lazim bagi rakyat negara ini. - Gambar hiasan
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.
Pembenihan awan kurangkan hujan di kawasan risiko banjir
Pihak berkuasa Indonesia memulakan operasi pengubahsuaian cuaca yang bertujuan mengurangkan hujan lebat di kawasan berisiko banjir termasuk Banten, Jakarta dan Jawa Barat.
Thailand mendapat manfaat daripada perang perdagangan
Thailand mendapat manfaat daripada perang perdagangan global dan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat selepas merekodkan kemasukan pelaburan asing.

Kelantan ambil alih projek KB Sentral selepas rundingan dengan Perak Transit gagal
Kerajaan Kelantan memutuskan untuk mengambil alih projek pembinaan KB Sentral selepas rundingan dengan Perak Transit gagal.

Harga RON97 turun 10 sen, diesel di Semenanjung turun 7 sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

Meriahkan Deepavali dengan pemakanan sihat
Perayaan bermula dengan sarapan enak, lazimnya merangkumi idli dan tose yang diperbuat daripada lentil hitam dan bijian beras yang diperam.