KUCHING: "Selalunya saya paksa diri. Tidak semestinya sakit, kita jadi lemah. Jadi saya tetap bangun. Saya akan berlatih berjalan, tetapi bukan di hadapan anak-anak,".
Begitu luahan hati seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan lima orang anak kecil.
Nor Karmira Benny, seorang ejen perniagaan, terlantar di rumahnya di Jalan Green, Kuching sejak Ogos tahun lalu kerana menghadapi masalah tulang belakang atau lebih dikenali sebagai slip disc.
Meskipun begitu, tidak pernah sekali Nor Karmira menjadikan ia sebagai alasan serta mengabaikan keperluan anak-anaknya yang berusia dalam lingkungan lima ke 10 tahun itu.
Katanya, paling penting makan minum serta pendidikan anak-anaknya terjaga.
“Saya tidak berputus asa, saya sekarang menjadi ejen perniagaan seperti menjual baju, alat solek dan makanan.
"Contohnya, kalau harga satu barang adalah RM20, saya akan mendapat upah RM2 atau RM3 seminggu. Itu cara saya mencari pendapatan," kongsinya kepada Astro AWANI.
Ujar Nor Karmira lagi, walaupun realiti kehidupan payah untuk ditelan, namun dia harus cekal.
Lebih memeritkan, katanya dia telah ditinggalkan oleh suami ketika masih mengandungkan anak kelima.
Namun, jelas ibu tunggal ini, situasi itu bukan alasan untuk dia tidak membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Dia juga bersyukur dengan sokongan moral berterusan diberikan ibunya yang menjadi penguat semangat untuk berdepan dengan liku-liku hidup.
"Memang saya yang memberi nafkah kepada anak-anak. Tetapi tulang belakang tetap ibu saya.
"Dia bantu dengan memberi sokongan serta motivasi. Mungkin bukan dari segi kewangan, kerana saya masih mempunyai dua adik yang sedang bersekolah," luahnya.
Dengan doa insan tersayang, Nor Karmira berharap satu hari nanti dia dapat pulih sepenuhnya agar dapat menjadi ketua keluarga yang mampu menyediakan keperluan terbaik untuk mereka sekeluarga.
Melihat pada kesusahan yang dihadapi oleh enam beranak ini, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) tampil menghulurkan bantuan.
Malah kata Menteri KWKPK, Datuk Seri Fatimah Abdullah, bantuan yang diberikan bukan hanya berupa bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Baitulmal Sarawak, tetapi juga penambahbaikan rumah didiami mereka.
"Kita melakukan kerja bersepadu melibatkan beberapa agensi. Bantuan berbentuk one-off dan bulanan diberikan.
"Pihak bomba sudah meninjau keadaan dan memberi jaminan atas keselamatan mereka. Jadi mereka lakukan kerja-kerja pembersihan serta menambah baik wayar elektrik," beritahu Fatimah.
Tambah beliau, perkara ini diberi tumpuan bagi memastikan kehidupan mereka anak beranak selesa.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan program gotong-royong kebajikan kediaman Nor Karmira di Jalan Green, Kuching pada Jumaat.
Munirah Mudzamli
Fri Mar 05 2021
Keperitan dihadapi oleh Nor Karmira Benny dan lima anak tidak diabaikan. Malah, ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan agar kehidupan mereka sekeluarga dapat kembali seperti biasa. -Gambar Astro AWANI
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
JKKK diminta guna dana SejaTi MADANI untuk majukan komuniti - Fadillah
JKKK yang memohon projek-projek di bawah SejaTi MADANI perlu fokus kepada usaha meningkatkan taraf sosial dan ekonomi komuniti setempat.
Bina kepercayaan, yakin dengan solusi yang datang dari komuniti – Think City
Membina kepercayaan dengan komuniti merupakan salah satu elemen penting dalam menyelesaikan isu-isu ketidakmampanan di bandar.
Kesejahteraan sosial elemen utama pembangunan komuniti
Pemahaman terhadap kesejahteraan sosial akan membantu pembuat dasar dan pelaksana program dalam melancarkan usaha meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.
Balai Seni Negara laksana inisiatif desentralisasi, rayakan seni bersama komuniti
Balai Seni Negara komited dalam memberi yang terbaik kepada pengunjung selain turut menyediakan pelbagai platform buat seniman tempatan.
Tujuh komuniti jadi rakan kolaborasi polis cegah jenayah
Ia sebagai usaha mencegah jenayah dan membantu menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan itu kepada pihak polis.
Koperasi digesa rebut peluang sempena tahun Melawat Kedah 2025
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mahu koperasi di Kedah merebut peluang baharu, khususnya dalam sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Kedah 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pemulihan banduan dalam komuniti catat 73.3 kali ganda lebih berkesan
Kadar keberkesanan pemulihan banduan atau prospek dalam komuniti mencatatkan 73.3 kali ganda lebih berkesan dalam mencegah residivis atau jenayah berulang berbanding pemulihan dalam fasiliti.
NGO perlu terus aktif pupuk perpaduan, pelihara kebajikan komuniti - Ramanan
NGO perlu terus memainkan peranan secara aktif untuk bersama-sama memupuk perpaduan dan memelihara kebajikan dalam kalangan komuniti.
Kedah bakal lancar program pemulihan dadah berasaskan komuniti
Kedah bakal memperkenalkan program perintis transformasi pemulihan dadah berasaskan komuniti menerusi kaedah pemulihan holistik dan mengintegrasikan semula bekas penagih ke dalam masyarakat.
30,000 benih ikan baung sungai dilepaskan di Kota Tinggi
Jabatan Perikanan Johor melepaskan 30,000 benih ikan baung sungai yang dianggarkan bernilai RM30,000 bagi meningkatkan stok dan memperkayakan sumber perairan sungai di daerah Kota Tinggi.