TUMPAT: Perancangan untuk mencalonkan Masjid Kampung Laut di sini sebagai Tapak Warisan Dunia dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pastinya disambut baik orang ramai khususnya penduduk Kelantan.
Di sebalik berita gembira itu, ada sebuah lagi kisah menarik berkait rapat dengan Masjid Kampung Laut iaitu sebuah mimbar yang masih utuh dipercayai usianya sama dengan masjid tersebut, sekali gus dipercayai mimbar tertua di negara ini.
Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Harleny Abd Arif berkata mimbar Masjid Kampung Laut kini berada Masjid Ar Rahman, Kampung Surau Pasir Pekan, Wakaf Bharu, di sini.
Masjid Kampung Laut pernah terselamat daripada banjir besar pada 1926 serta 1966 sebelum dipindahkan ke Nilam Puri pada tahun 70-an bagi menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir dan semasa proses pemindahan itu, mimbar tersebut diletakkan di Masjid Ar Rahman sehingga kini.
"Mimbar ini dianggarkan berusia 400 tahun, biarpun pada mimbar tersebut tiada catatan tarikh namun usianya diwajarkan menerusi silang rujukan berdasarkan teks seni bina serta penulisan ilmiah mengenai Masjid Kampung Laut, masjid tertua di Tanah Melayu," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Ar Rahman baru-baru ini.
Diminta memperincikan cara penentuan usia mimbar itu, Harleny yang berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang kajian ragam hias mihrab dan mimbar berkata biarpun tiada sebarang catatan tarikh pembuatan di mimbar tersebut, usia objek seni tersebut masih boleh ditentukan dalam konteks seni bina.
"Maknanya biarpun tiada tarikh pada mimbar tersebut, kita masih boleh mengenal pasti tarikh pembuatannya kerana aspek lain seperti seni bina masih boleh dijadikan asas bagi menentukan usia mimbar tersebut.
"Apabila tiada tarikh pada mimbar namun mimbar itu masih terkait dengan tarikh pembinaan masjid mengikut sejarah. Kita menentukan usia mimbar tersebut berdasarkan kajian terhadap seni bina Masjid Kampung Laut yang telah dianggarkan usianya," katanya.
Harleny berkata mimbar tersebut memiliki ciri-ciri unik seperti diperbuat daripada kayu cengal dengan teknik Tebuk Tembus Bersilat dan Tebuk Timbul Bersilat menjadikan mimbar setinggi dua meter itu kekal kukuh hingga hari ini.
Beliau berkata ukiran bermotifkan Bunga Ketumbit dan Daun Kerak Nasi pada mimbar itu mencerminkan kehalusan tangan tukang kayu tempatan pada zaman tersebut.
Harleny berkata lebih menarik apabila terdapat corak bunga melur pada papan meleh dan panel gunungan bersulur pada bahagian hadapan dan belakang mimbar manakala pada kedua-dua bahagian sisi hadapan tempat duduk khatib pula diukir dengan bentuk sulur paut yang mengundang perhatian.
"Masjid Kampung Laut terletak di laluan di antara Demak di Jawa Tengah dan Kerajaan Champa, masjid ini mempunyai persamaan seni bina dengan Masjid Agung Demak.
"Ini membuktikan betapa lamanya hubungan diplomatik telah wujud sejak kurun ke-14 dan kaitannya dengan Masjid Kampung Laut, masjid tertua di Tanah Melayu," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Senibina Dalaman Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Dr Azizul Azli Ahmad turut senada usia mimbar tersebut diwajarkan menerusi seni bina Masjid Kampung Laut.
"Saya berpandangan usia Masjid Kampung Laut lebih lama dari yang kita rekodkan. Pertama, tipologi asal lokasi penempatan masjid berdekatan dengan laut dan sungai merupakan jalan popular perdagangan sebelum abad ke-17 lagi.
MIMBAR-MASJID 4 (AKHIR) TUMPAT
"Masjid ini tidak memiliki ukiran yang dominan atau menonjol semua bahagian masjid dikemas kini dengan struktur kayu dan papan tanpa ukiran. Masjid yang kebiasaannya dibangunkan dengan gaya sederhana tanpa ukiran yang menonjol selalunya berada di zaman yang awal peradaban atau selepas sesuatu peristiwa besar berlaku," kata penulis Buku Masjid, Budaya dan Senibina itu.
Pensyarah Jabatan Seni Bina dan Alam Bina Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Mastor Surat berkata jika dilihat pada permukaan kayu pada kerangka utama masjid tersebut, ia kelihatan tidak rata berikutan disediakan hanya dengan menggunakan kapak, baji, gergaji dan pahat tanpa menggunakan ketam.
Menurutnya ukiran pada tetupai yang terletak pada tiang utamanya juga agak kasar buatannya kerana tukangnya hanya menggunakan alat asas dengan ketiadaan kikir kayu dan kertas pasir.
"Ini berkemungkinan di zaman tersebut masyarakatnya baru bangun dari kejatuhan peradaban yang mungkin disebabkan oleh anasir alam seperti banjir, ribut, gempa bumi dan sebagainya yang telah memusnahkan harta benda dan kehidupan.
"Masyarakat yang tinggal masih memiliki kearifan watan tetapi kekurangan peralatan pertukangan. Saya mencadangkan zaman pembinaan Masjid Kampung Laut agak lama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022
Harleny menunjukkan kehalusan ukiran bermotifkan Bunga Ketumbit dan Daun Kerak Nasi yang diperbuat daripada tangan pada mimbar yang berusia 400 tahun di Masjid Ar Rahman Kampung Surau Pasir Pekan, Wakaf Bharu. - Foto BERNAMA
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Mimbar Masjid Kampung Laut tertua di Malaysia
Ada perancangan untuk mencalonkan Masjid Kampung Laut sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).