SELEPAS tiga hari pusingan kemuncak Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara (MSC 2017) berlangsung, akhirnya pasukan IDONOTSLEEP daripada Thailand muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM213,525.
Pasukan negara Gajah Putih ini menang dengan penuh bergaya pada pusingan akhir, menewaskan pasukan Filipina Salty Salad 3-0.
Kekalahan Salty Salah itu menunjukkan mereka sekadar selesa pada tempat kedua dengan membawa pulang RM106,762.
Sementara itu bagi pasukan Malaysia, Team Saiyan dan MyA Jr masing-masing berada di kedudukan kelima dan kelapan kejohanan dan membawa pulang kira-kira RM12,000 dan RM6,405.
Kecewa dengan keputusan itu, Team Saiyan menerusi catatan Facebooknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Malaysia.
Mereka menjelaskan pasukan itu telah memberikan yang terbaik tetapi tidak mampu untuk menundukkan pasukan Impunity daripada Singapura, yang menduduki tempat ke-empat kejohanan.
“Ini akan menjadi pengalaman berharga buat kami dan kami berharap untuk kembali lebih kuat untuk pertandingan yang akan datang.
“Kepada peminat-pemin kami, terima kasih atas sokongan. Pengakhiran sebuah perjuangan adalah permulaan perjuangan seterusnya,”tambahnya dalam kenyataan Facebook yang sama.
Kejohanan MSC 2017 melibatkan lima pasukan Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia.
Ia telah berlangsung di Taman Anggrek Mall Atrium Jakarta, Indonesia pada 1 September lalu sehingga semalam.
Kejohanan ini mencatat sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai kejohanan rasmi Mobile Legends yang pertama peringkat di antarabangsa.
Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih atas talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.
Setiap satu perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk 'memusnahkan' pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu mempertahankan pangkalan sendiri melalui beberapa laluan yang dikenali sebagai "atas", "tengah" dan "bawah" yang menghubungkan kedua-dua pangkalan itu.
Mobile Legends dilancarkan pada 14 Julai tahun lalu di peranti Android dan 9 November pada tahun yang sama di peranti iOS.
Setakat Julai 2017, permainan itu telah dimuat turun oleh kira-kira empat juta pemain.
Mariah Ahmad
Sun Sep 03 2017
![Mobile Legends: Thailand juara MSC 2017, bawa pulang RM213,000 Mobile Legends: Thailand juara MSC 2017, bawa pulang RM213,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71504454125_IDONOTSLEEPMobile.jpg)
Pasukan negara Gajah Putih ini menang dengan penuh bergaya pada pusingan akhir, menewaskan pasukan Filipina Salty Salad 3-0. - Foto Facebook / Mobile Legends: Bang Bang
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734259106_TBZAHID.jpg)
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
![Malaysia berhasrat jadi tuan rumah bagi lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid Malaysia berhasrat jadi tuan rumah bagi lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734268357_Zahid.jpg)
Malaysia berhasrat jadi tuan rumah bagi lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid juga menggalakkan pasukan Malaysia untuk bangkit dengan lebih kuat dan bersaing sekali lagi pada kejohanan terbabit tahun hadapan.
![ESI rancang jadikan Malaysia hab kejohanan e-sukan dunia ESI rancang jadikan Malaysia hab kejohanan e-sukan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51732983523_TBESI.jpg)
ESI rancang jadikan Malaysia hab kejohanan e-sukan dunia
Ia antara usaha berdasarkan rangka tindakan e-sukan negara bagi menjadikan Malaysia mempunyai fasiliti terbaik sukan itu.
![MLBB sah dipertandingkan di Sukan SEA 2025 Thailand MLBB sah dipertandingkan di Sukan SEA 2025 Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731505221_Mobilelegend.jpg)
MLBB sah dipertandingkan di Sukan SEA 2025 Thailand
Permainan sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah disahkan sebagai acara pingat di Sukan SEA 2025 di Thailand.
![SRG pertahan kejuaraan MPL musim ke-14 SRG pertahan kejuaraan MPL musim ke-14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730672232_SelangorRedGiants.jpg)
SRG pertahan kejuaraan MPL musim ke-14
Selangor Red Giants pertahan gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (MPL) Malaysia Musim ke-14 selepas menewaskan Vamos 4-2.
![Suntikan RM20 juta dalam belanjawan beri semangat baharu perkasa e-sukan Suntikan RM20 juta dalam belanjawan beri semangat baharu perkasa e-sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729434881_AzwaMohdRodzi.jpg)
Suntikan RM20 juta dalam belanjawan beri semangat baharu perkasa e-sukan
Peruntukan RM20 juta menerusi Belanjawan 2025 dijangka dapat memperkasakan lagi pembangunan e-sukan secara menyeluruh termasuk menjayakan pembinaan sebuah stadium khusus untuk sukan itu.
![Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728114463_AhmadZahidHamidi.jpg)
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
![Kerajaan nantikan lebih banyak pasukan e-sukan raih pengiktirafan dunia Kerajaan nantikan lebih banyak pasukan e-sukan raih pengiktirafan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726834025_TBANWARMBI.jpg)
Kerajaan nantikan lebih banyak pasukan e-sukan raih pengiktirafan dunia
Kerajaan MADANI menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang terus berkembang pesat dan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan.
!['Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat 'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724771845_TBPENDEKAR.jpg)
'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat
Wira-wira bertutur dalam dialek negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak.
![Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721033245_Sekyss.jpg)
"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.