KEJAYAAN skuad bola jaring memenangi emas Sukan SEA selepas 16 tahun, ternyata hasil daripada usaha keras bukan sahaja para pemain, tetapi juga barisan kejurulatihan.
Hal itu diakui pemain tambatan, An Najwa Azizan, dalam temubual bersama stesen radio Era, pagi tadi.
An Najwa yang mesra disapa An memberitahu, dia cukup gembira dan lega kerana usaha mereka membuahkan hasil.
"Kami menjalani latihan intensif selama 18 bulan, ada kalanya sampai menangis sebab penat. Tapi semuanya berbaloi apabila berjaya dapat pingat emas," ujar pemain terbaik Kejohanan Bola Jaring Asia 2016 itu.
BACA: Bola jaring: Siapa gerangan An Najwa, 'si cantik pemusnah' pasukan lawan
Astro AWANI sempat berbual dengan An yang mula menjadi sebutan selepas hanya gagal menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir menentang Singapura, semalam.
'Serap' semangat wanita
"Kami sangat bersemangat untuk menang kerana kami mewakili semua wanita. Bola jaring dikenali sebagai sukan wanita, jadi kami mahu jadi wakil wanita menyumbang pingat emas untuk negara."
'Lawan' pasukan lelaki
"Kami jemput pasukan bola jaring lelaki untuk menjadi lawan kami semasa sesi latihan kerana ia memberikan lebih intensiti.
"Ia sangat membantu kerana lelaki selalu 'main kasar', jadi secara tidak langsung kami terpaksa push diri sendiri untuk menyamai mereka."
Nak jadi penyanyi
"Jika bukan atlet, mungkin saya akan jadi penyanyi kerana saya suka menyanyi. Tapi saya tidak pernah masuk apa-apa pertandingan.
"Selain itu, saya juga mungkin akan jadi doktor atau ahli perniagaan."
Tak ambil 'pot' komen di laman sosial
"Setakat ini saya belum buka Instagram sebab saya hanya mahu menikmati saat-saat ini. Lagipun, saya bukan kaki laman sosial."
Rahsia An Najwa
"Saya suka makan. Memang hobi saya makan.
"Kedua, saya sangat malas training. Tapi terpaksa juga sebab itu yang akan membantu kita untuk berjaya."
"Saya seorang yang superstitious. Ada beberapa rutin yang saya perlu buat sebelum perlawanan, antaranya mandi dan mendengar muzik. Jika tidak, saya tidak sedap hati, seolah-olah akan terjadi sesuatu yang tidak diingini."
Madiha Abdullah
Mon Aug 21 2017

An Najwa akui berlatih dengan lelaki beri manfaat kepada pasukan. FOTO/Instagram Era FM

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Najwa pemain bola jaring pertama berkelana ke luar negara
Pemain bola jaring, An Najwa Azizan bakal menjadi pemain Malaysia pertama berkelana ke luar negara apabila aksinya ditagih sebuah kelab di Australia.

An Najwa dedah rahsia kecemerlangan skuad bola jaring
Antaranya, berlatih dengan pasukan bola jaring lelaki dan menyerap 'semangat' wanita untuk menang pingat emas Sukan SEA.

Bola jaring: Siapa gerangan An Najwa, 'si cantik pemusnah' pasukan lawan
Mari berkenalan dengan An Najwa, 'goal shooter' yang memukau dengan aksi hebat di Sukan SEA.