ADA ke ibu ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit?
Pastinya tiada bukan. Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat.
Cara mencegah penyakit
Pencegahan penyakit adalah bahagian penting dalam menjaga kesihatan anak secara keseluruhan.
Banyak strategi pencegahan mudah, selamat dan berkesan yang memungkinkan anda melindungi diri dan keluarga daripada pelbagai penyakit berpotensi serius.
Sama ada penyakit bawaan makanan hingga jangkitan yang disebabkan kutu mahupun gigitan haiwan.Jom ketahui cara mencegah penyakit yang boleh anda lakukan di rumah demi melindungi anak tersayang.
Pencuci, sanitasi dan pembasmi kuman
Mencuci rumah mungkin bukan 1 aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi meluangkan masa beberapa minit dapat membunuh kuman dan membantu menjaga kesihatan keluarga anda.
Lakukan:
Pembersihan rutin dengan sabun atau bahan pencuci bersama air dapat menghilangkan kotoran daripada permukaan seperti lantai, dinding, permaidani dan tingkap.
Sanitasi membantu menghilangkan kotoran dan sejumlah kecil kuman. Beberapa bahagian rumah perlu dicucikan terlebih dahulu sebelum disanitasi seperti bilik air, barang permainan anak dan alatan memasak
Sesetengah bahagian di rumah anda perlu ditambah proses sanitasi untuk membunuh kuman pada permukaan. Ini meliputi bahagian seperti meja makan, sinki dan permainan anak
Penyediaan dan penyimpanan makanan
Bagi ibu bapa yang mementingkan penjagaan kesihatan anak, anda perlu mengetahui cara mencegah penyakit bawaan makanan. Adalah sangat digalakkan untuk anda menjadi contoh teladan untuk anak dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan, kebersihan serta penyediaan dan penyimpanan makanan yang baik.
Berikut tiga fakta asas yang perlu diingat semasa menyediakan makanan:
1. Bakteria membiak dengan cepat dalam makanan bersuhu suam atau disimpan dalam suhu bilik. Oleh itu, pastikan makanan panas tetap panas dan makanan sejuk kekal sejuk;
2. Bakteria sering terdapat dalam makanan mentah. Masak masakan berasaskan haiwan dengan teliti Jangan lupa basuh sayur-sayuran dan buah-buahan sama ada untuk dimakan mentah atau dimasak; dan
3. Bakteria dan virus mudah dipindahkan daripada badan ke makanan dan daripada satu makanan ke makanan lain. Pastikan anda basuh tangan dengan kerap dan galakkan anak untuk melakukan perkara yang sama. Letakkan makanan mentah dan makanan yang siap dimasak ditempat berasingan. Jangan lupa untuk mencuci pisau, papan pemotong dan perkakasan lain yang digunakan untuk menyediakan satu makanan sebelum menggunakannya semula.
Cara mencegah penyakit melalui cara penyimpanan makanan
Pastikan makanan disimpan pada suhu yang betul Penyimpanan makanan pada suhu yang salah adalah punca biasa penyakit bawaan makanan
Simpan makanan sejuk dalam peti sejuk beku. Manakala buah-buahan dan sayuran disimpan dalam suhu bilik biasa.
Simpan dan gunakan makanan dalam tin dan bungkusan mengikut urutan tarikh luput
Simpan bijirin dan gandum dalam almari menggunakan bekas legap – di mana cahaya tidak boleh menembusinya. Ini kerana kandungan vitamin di dalamnya boleh merosot jika terdedah kepada cahaya.
Minyak masak juga perlu disimpan jauh daripada cahaya untuk mengelakkan daripada menjadi tengik
Strategi kebersihan
Berapa kali anda dan anak membasuh tangan dalam sehari? Anda mungkin menganggap ia perkara remeh.
Tetapi amalan ini merupakan kaedah penting yang boleh dilakukan sebagai cara mencegah penyakit.
Mencuci tangan dengan betul
Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), cara membasuh tangan yang disyorkan adalah:
Basahkan tangan anak anda;
Tuangkan sabun ke tangan;
Gosokkan tangan dengan kuat. Gosokkan setiap permukaan sepenuhnya; dan
Terus menggosok tangan selama 20 saat untuk membuang kuman secara berkesan. Bilas tangan sepenuhnya, kemudian keringkan.
Elak luka gigitan
Kebimbangan utama ibu bapa mengenai gigitan haiwan adalah risiko anak dijangkiti rabies. Rabies adalah jangkitan virus yang mempengaruhi sistem saraf pusat dan otak.
Kesannya boleh mengakibatkan demam panas, kesukaran menelan, kekejangan dan akhirnya, kematian.
Ikuti langkah berikut untuk pencegahan:
Ajar anak untuk elak menyentuh haiwan liar;
Jangan sekali-kali meninggalkan anak kecil bersendirian dengan haiwan;
Jangan biarkan anak mengganggu haiwan peliharaan atau bermain secara kasar; dan
Didik anak untuk tidak cium atau meletakkan wajahnya dekat dengan binatang
Mengurangkan penyebaran penyakit pada anak
Setiap anak mempunyai risiko untuk menyebarkan penyakit. Perkara ini berlaku terutamanya pada bayi dan kanak-kanak yang cenderung menggunakan tangan untuk lap hidung atau menggosok mata dan kemudian memegang mainan atau menyentuh kanak-kanak lain.
Berikut beberapa perkara yang boleh anda guna sebagai cara mencegah penyakit dan menjaga kesihatan anak:
Mendapatkan anak suntikan vaksin
Mengamalkan penjagaan kebersihan diri
Menghindari individu sakit terutamanya jika mempunyai bayi baru lahir
Menjaga kesihatan diri sendiri
Artikel asal ini diterbitkan di portal Pa & Ma
Pa and Ma
Fri Jan 21 2022

Banyak strategi pencegahan mudah, selamat dan berkesan yang memungkinkan anda melindungi diri dan keluarga daripada pelbagai penyakit berpotensi serius. - Gambar Majalah Pa & Ma

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Nak elak anak jatuh sakit, luangkan masa buat perkara ini
ADA ke ibu ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit? Pastinya tiada bukan. Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat.