Nestle (Malaysia) Bhd akan memulakan penggunaan straw kertas yang disertakan bersama pek minuman Milo UHT 125 mililiter (ml) keluarannya pada suku keempat tahun ini.
Langkah itu tidak hanya dapat mengelak penggunaan 40 juta straw plastik setahun, malah turut menjadikannya syarikat minuman dan makanan pertama di Malaysia yang menggunakan straw kertas bagi pek minuman.
Syarikat itu juga merancang untuk menggunakan straw kertas bagi varian lain Milo UHT secara berperingkat dengan matlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Ini merupakan sumbangan terbaharu kami bagi ikrar Nestle untuk memastikan penggunaan pembungkusan yang 100 peratus boleh dikitar semula atau diguna semula menjelang 2025.
"Tindakan ini juga sebahagian daripada komitmen untuk terus meninjau penyelesaian secara agresif dalam usaha kami menerusi kempen Perangi Sisa Plastik yang sedang dijalankan," katanya.
Nestle Malaysia juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam kempen Perangi Sisa Plastik dan akan terus membangunkan penyelesaian yang bercirikan mesra alam.
Susulan itu, dua pertiga daripada keseluruhan pembungkusan plastiknya kini direka bagi tujuan kitar semula.
Pada masa sama, syarikat itu juga terus membangunkan serta menguji bahan dan sistem pembungkusan mesra alam dengan pihak seperti pusat pembangunan, pembekal, institusi penyelidikan dan syarikat pemula niaga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019

Nestle jadi syarikat minuman dan makanan pertama di Malaysia yang menggunakan straw kertas bagi pek minuman. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas
Nestle (Malaysia) Bhd bermatlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun.