MELAKA: Pembukaan semula Panggung Bangsawan Melaka di Jalan Munshi Abdullah secara rasmi, yang dahulunya dikenali sebagai Cathay Cinema akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Melaka (MCorp) akan bekerjasama dengan 10 syarikat produksi bagi menganjurkan pelbagai program, acara dan persembahan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
"Panggung Bangsawan Melaka bukan sahaja menjadi platform untuk anak seni beraksi, tetapi juga produk pelancongan baharu untuk menarik kedatangan lebih banyak pelancong sempena TMM 2024.
"Pelbagai persembahan telah disenaraikan mengikut jadual sepanjang tahun ini antaranya teater berkaitan sejarah Melaka dan hiburan berbentuk muzikal yang bersesuaian dengan semua zaman dan peringkat umur penonton," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Panggung Bangsawan Melaka yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Ab Rauf berkata, kerajaan negeri juga menyeru agensi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat swasta dan perseorangan untuk menyokong dan membantu memeriahkan semula Panggung Bangsawan Melaka khususnya dari segi tajaan dan kerjasaman dengan mana-mana syarikat produksi yang berkaliber.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang memperhalusi beberapa kaedah untuk menarik penonton ke Panggung Bangsawan Melaka khususnya dari aspek pengangkutan menggunakan bot yang disediakan Melaka River Cruise di jeti panggung berkenaan selain beca.
"Kita mahu operasi Panggung Bangsawan Melaka ini turut memberi kesan ekonomi yang positif kepada penggiat pelancongan lain di negeri ini," katanya.
Panggung berkenaan mampu memuatkan hingga 392 penonton dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya penyaman udara, peralatan teknikal, sistem audio serta sistem pencahayaan canggih terkini.
Orang ramai juga boleh menikmati keindahan pemandangan di tepi Sungai Melaka sambil bersantai di bistro yang berkonsepkan moden klasik selain mendapatkan produk kraf tangan dan cenderahati yang dijual di galeri di premis itu. - BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Panggung berkenaan mampu memuatkan hingga 392 penonton dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya penyaman udara, peralatan teknikal, sistem audio serta sistem pencahayaan canggih terkini. - Gambar Bernama

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Lumat, Jailan warisi kemahiran seni anyaman sejak berusia belasan tahun
Lumat dan Jailan yang mahir menganyam dan menghasilkan kraf tangan seawal usia belasan tahun kini menjadikan ia sebagai pekerjaan tetap.

Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.

Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.

Kulit kayu Talun dimanfaat untuk hasilkan kraf tangan
Kulit kayu Talun oleh etnik Lun Bawang digunakan untuk menghasilkan kraf tangan seperti beg tangan, topi, baju dan bekas aksesori.