DIA tidak pernah minta dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan berbeza.
Namun takdir yang datang, diterimanya dengan hati terbuka malah tidak sedikit pun menjadi penghalang untuknya menjalani kehidupan seperti anak muda lain.
Dek kerana kelainan itu, dia sering menjadi mangsa, dihakimi oleh 'mahkamah masyarakat', tanpa sedikit perasaan untuk terlebih dahulu mengenali, memahami atau mendekati siapa dia sebenarnya.
Setiap ruang yang dimiliki cuba diraihnya, namun sayang, tiada yang sudi membuka peluang untuk insan sepertinya.
Dan apabila akhirnya ada yang sudi memahami, membuka pintu untuknya berdikari, salah faham masyarakat yang sebahagian besar daripadanya kerana tidak berperasaan tetap menjadi duri dalam daging.
Dia tidak mengeluh, sebaliknya tanggungjawab yang digalas dilaksanakan sebaik mungkin.
Itu serba sedikit kisah perjalanan hidup Dan Lo, seorang anak muda istimewa, penghidap autisme.
Kisah lelaki tersebut mula viral di laman sosial sejak semalam, selepas satu perkongsian oleh seorang bekas wartawan, Syahril Abdul Kadir, di akaun Facebook miliknya.
Kehadiran Syahril ke Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), membuka matanya sekaligus menzahirkan kekagumannya yang bukan sedikit terhadap anak muda berusia 22 tahun itu.
Dan yang bertugas sebagai pelayan di restoran hotel tersebut, dilihat tekun melakukan kerjanya, namun Syahril dapat mengagak kelainan pada diri Dan.
Di mata Syahril, Dan seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.
Apa yang difikirkan Syahril seolah-olah terbukti apabila anak muda itu menghantar minuman yang dipesannya.
Berbeza dengan pelayan lain yang akan menghidangkan minuman kepada pelanggan, Dan sebaliknya hanya berdiri di tepi Syahril, sehingga memaksanya mengambil sendiri minuman tersebut daripada dulang.
Belum sempat melayan perasaan tidak selesa dengan situasi itu, Syahril disapa oleh seorang eksekutif yang memaklumkan situasi Dan.
Melalui perbualan dengan eksekutif bernama Aishah itu, Syahril mendapat tahu Dan tidak pernah menerima pendidikan formal, sebaliknya hanya mengikuti tuisyen di rumah.
Dia kemudiannya dihantar mengikuti kursus perhotelan, namun status Orang Kelainan Upaya (OKU) membuatkan dia sering gagal mendapatkan pekerjaan.
Hasrat Dan untuk bekerja akhirnya menjadi kenyataan apabila diberi peluang oleh KLIH.
Apa yang mengagumkan, di sebalik keadaannya, Dan tidak pernah ponteng kerja, malah punya disiplin yang baik.
"Ada pelanggan yang tak tahu pernah memarahinya tetapi Dan tidak pernah ambil hati. Dia tabah menjalankan tugas dan tak mahu kami memberikan layanan istimewa terhadapnya.
"Dia mahu berdikari, tak mahu membebankan keluarga," kata Aishah seperti yang ditulis dalam status Syahril.
Syahril juga memuji langkah yang diambil KLIH yang memberikan peluang kepada insan seperti Dan untuk melalui kehidupan sebagaimana insan normal yang lain.
Besar harapan Syahril agar apa yang dikongsikannya itu dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat untuk tidak menyisihkan golongan kelainan upaya seperti Dan.
Sekaligus dapat memberikan layanan dan ruang yang sama rata buat mereka.
Madiha Abdullah
Wed May 11 2016
Dan tidak pernah ponteng kerja, malah punya disiplin yang baik. Foto/Facebook Syahril A.Kadir
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Pertimbang insentif buat majikan gaji belia autistik, taska untuk anak bawah dua tahun
Langkah itu perlu bagi mengatasi isu kerjaya dalam kalangan golongan istimewa dan berkeperluan khas di Malaysia.
Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju
Demi menjayakan karakter lelaki autistik dengan berkesan, aktor Hisyam Hamid sanggup membuat kajian mendalam sebelum penggambaran.
Jangan malu daftar sebagai OKU - Ras Adiba
Daripada sejumlah 4.7 juta OKU di dalam negara, hanya kira-kira 560,000 sahaja yang berdaftar.
Jangkitan semasa hamil antara punca autisme
Autisme adalah gangguan kompleks tumbesaran sistem saraf yang menjejaskan mental, emosi, kemampuan pembelajaran dan ingatan dalam diri seseorang inidividu.
Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu
Membantu menyesuaikan kehidupan kini yang lebih rumit serta jurang yang wujud dalam perkhidmatan intervensi bagi fasa remaja dan dewasa adalah antara cabaran utama ibu bapa membesarkan anak autisme.
Demi anak-anak Autisme, SOP baharu akan diperkenal
Hannah Yeoh memaklumkan, SOP itu kelak bertujuan untuk memastikan nasib anak-anak autisme ini terbela.
Kanak-kanak autistik hasilkan replika Titanic guna 56,000 Lego
Replika kapal persiaran mewah, Titanic sepanjang lapan meter telah berjaya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak autistik menggunakan 56,000 kepingan Lego.
Kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down
Katanya, tiada syarikat atau agensi insurans yang sanggup menyediakan insurans khusus kepada anak-anak sindrom Down.
Kagum! Pelajar autistik lukis gambar 'nenek moyang' watak adi wira
Lukisan Muhammad Amsyar Anas itu dihasilkan dalam bentuk thumbnail dan dilukis pada buku kosong yang memaparkan karakter adi wira kegemarannya dari tahun 1966 sehingga kini.
Ibu tunggal bimbang masa depan anak Autisme
Melihat anak lelakinya lain daripada kanak-kanak biasa, Mazlina Ismail mula sedar ada sesuatu yang tidak kena.