Hati ibu bapa mana yang tidak berasa sedih apabila mendapat tahu bahawa anak tersayang yang dihantar ke pusat asuhan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan.
Bukan sahaja kecederaan, ada beberapa kes di negara ini juga yang mengakibatkan kematian ekoran kecuaian pengasuh.
Sehubungan itu, pelbagai saranan dan cadangan yang diberikan para ibu bapa seperti pemberian kursus dan latihan bagi mengelak kejadian tidak diingini melibatkan kanak-kanak di rumah atau pusat asuhan.
Bedasarkan tinjuan Astro AWANI di sekitar Kuala Lumpur pada Ahad, rata-rata berpendapat setiap pengasuh persendirian perlu mempunyai sijil kemahiran dan lesen pusat asuhan yang sah.
Menurut perunding insurans, Noraliza Saad, pemantauan terhadap setiap pengasuh persendirian ini perlu dilakukan secara berkala.
“Untuk setiap pengasuh pensendirian, pemantauan perlu dilakukan selalu dan mereka mesti mempunyai lesen. Ini kerana kita (ibu bapa) tidak tahu sejarah kehidupan pengasuh persendirian itu,” katanya.
Manakala seorang bekas guru, Norhaini Ahmad berpendapat bahawa pihak kementerian perlu proaktif dalam memastikan garis panduan dan undang-undang berkaitan penjagaan kanak-kanak dipatuhi sekali gus diperketatkan.
“Kementerian mempunyai peranan penting dalam isu ini. Mereka wajar melakukan pemantauan sama ada para pengasuh persendirian ini ada lesen atau tidak,” ujarnya.
Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melihat kembali akta melibatkan kanak-kanak, termasuk peraturan yang berkaitan bagi mengurangkan kes kematian akibat kecuaian, kata Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
BACA: Akta berkaitan penjagaan kanak kanak akan diperketatkan - TPM
BACA: NGO perlu bantu kerajaan tangani isu kanak-kanak - Pewangi
Ia susulan kes bayi malang berusia 10 bulan, Naufal Amsyar Nabil Fikri, yang cedera parah di kepala dipercayai akibat terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya, menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu.
BACA: Naufal Amsyar, bayi 10 bulan meninggal dunia
Bukan itu sahaja, satu lagi kematian baru-baru ini terjadi adalah apabila mayat seorang bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naief ditemui dalam peti sejuk rumah pengasuhnya.
Nursyazwani Saiful Sham
Sun Jul 22 2018
![Pengasuh persendirian perlu diberikan kursus kemahiran, lesen sah Pengasuh persendirian perlu diberikan kursus kemahiran, lesen sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61532238635_pengasuh.jpg)
Pengasuh disaran untuk diberikan kursus dan latihan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini melibatkan kanak-kanak di rumah atau pusat pengasuhan. Foto: Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
![Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734766466_MatiMayatBunuh.jpg)
Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre
GBS adalah penyakit neurologi yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.
![170 kes kolera direkod di Angola 170 kes kolera direkod di Angola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736655095_choleraoutbreakvi.jpg)
170 kes kolera direkod di Angola
Dalam tempoh 24 jam lepas, tiga kematian akibat kolera dan 51 kes baharu telah dilaporkan.
![Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735942089_SouthKoreaPlane.jpg)
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.
![Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’ Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734837212_TBNoorkhiriah.jpg)
Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’
Noorkhiriah berkata dia akan menggunakan sumbangan daripada orang ramai untuk memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.
![Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan empat kematian berkaitan influenza Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan empat kematian berkaitan influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733390387_TBVirusFlu.jpg)
Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan empat kematian berkaitan influenza
Kematian melibatkan pesakit berusia 50 tahun ke atas yang disahkan menghidap radang paru-paru teruk serta mempunyai pelbagai penyakit.
![Terengganu rekod empat kematian pada gelombang pertama banjir Terengganu rekod empat kematian pada gelombang pertama banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732150786_MohdKhairiKhairudi.jpg)
Terengganu rekod empat kematian pada gelombang pertama banjir
Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak bulan lepas menyaksikan empat nyawa telah terkorban akibat bencana itu.
![Bekas pemain dram My Chemical Romance meninggal dunia Bekas pemain dram My Chemical Romance meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732972380_RobertCoryBryar.jpg)
Bekas pemain dram My Chemical Romance meninggal dunia
Punca kematiannya masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.
![Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732020503_DzulkeflyAhmad.jpg)
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
![Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720781067_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.