Seorang bapa kepada dua anak sanggup membelanjakan sehingga RM20,000 sejak Disember lepas bagi memenuhi minatnya mengumpul model permainan Lego 'Star Wars'.
Muhd Faizul Ismail, 32, berkata beliau sedikitpun tidak berasa menyesal atau rugi dengan keputusannya untuk membeli model-model Lego yang dianggap antara yang paling mahal di pasaran.
"Ia menjadi satu kepuasan buat saya apabila berjaya memasang dan melengkapkan sesuatu model permainan ini yang kompleks. Biarpun proses pemasangannya agak mencabar dan menguji minda, ia satu permainan yang amat bagus kerana mampu membina pemikiran lebih kreatif dan ia hobi yang sesuai buat semua peringkat umur," katanya kepada Bernama.
Muhd Faizul merupakan antara pempamer yang mengambil bahagian pada 'KL Brick Festival and Toy Collectors' Fair' yang berlangsung di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
"Bahagian paling mencabar ialah saya terpaksa memasang serta menyusun pelbagai jenis saiz dan bentuk Lego mengikut manual yang diberikan," kata anak kelahiran Kelantan itu.
Menurut Muhd Faizul, set paling sukar yang pernah dipasangnya ialah model kapal Star Wars dikenali sebagai 'Millennium Falcon' berukuran 26.7 meter melibatkan lebih 50,000 keping Lego.
Penjawat awam itu berkata beliau mula 'terjebak' dalam pengumpulan permainan popular ini apabila melihat rakannya yang turut obses dalam permainan itu.
Menurutnya, 50 model permainan Lego miliknya dipamerkan pada festival itu yang disertainya buat kali keenam dan berhasrat menjadikannya sebagai warisan koleksi buat anak-anaknya.
Festival sehari yang berlangsung sempena Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur 2015 (Kuala Lumpur Design Month 2015) merangkumi lebih 50 gerai pempamer dan peniaga pelbagai barang permainan terutama Lego.
Antara yang menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak ialah model gergasi watak fiksyen filem adiwira 'Iron Man' di hadapan pintu masuk ruang pameran di festival itu.
Pengurus festival, Mohammad Zahri Latif berkata antara model Lego yang dipamerkan ialah representasi watak dan 'prop' dalam komik adiwira, filem animasi atau kartun serta filem seperti 'Star Wars' dan 'Lord of The Rings'.
"Setakat tengah hari, kita mengedarkan 400 mini Lego kepada pengunjung yang membuat pendaftaran awal untuk hadir ke festival ini," katanya sambil menambah acara itu dijangka menarik lebih 1,000 pengunjung.
Bernama
Mon Oct 12 2015

Muhd Faizul bergambar bersama sebahagian daripada koleksinya semasa mengambil bahagian sebagai pempamer pada 'KL Brick Festival and Toy Collectors' Fair' di Institut Latihan DBKL semalam. - fotoBERNAMA

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pengusaha hotel simpan 500 koleksi telefon bimbit lama
Menurut Azizol, kebanyakannya koleksi itu dibelinya sendiri semasa bekerja di sebuah hotel di ibu kota kira-kira 30 tahun lalu.

Tenang menggubah pokok dan batu, seni 'penjing' makin diminati
Masyarakat kita mungkin sudah biasa dengan pokok bonsai tapi seni penjing dilihat masih baru di negara ini.

Sanggup berbelanja besar demi merpati hiasan
Harga merpati hiasan yang menjadi kegilaan baru sekarang ini memang mahal tetapi ia tetap mempunyai peminat.

Beli pistol tiruan kerana hobi, juruteknik didenda RM2,000
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.

Pak Lang G miliki koleksi lebih 40 basikal klasik
Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayahnya yang digunakan ketika ke sekolah dahulu.

Bermula sebagai hobi, kini ramai menikmati manfaat berkebun
Hortikultur bukan tren baharu kerana kegiatan ini sudah bertapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Gambar atas kotak pensil warna pupuk hobi bela burung kakaktua
Setiap hujung minggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sekawan burung kakaktua pelbagai warna akan 'berlibur' di pinggiran sebuah kawasan perumahan di Cyberjaya dengan ditemani pemilik

Minat ubah suai kenderaan jangan sampai melanggar undang-undang - JPJ
Pihaknya menjalankan tindakan penguatkuasaan sebagai langkah terakhir memastikan semua pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

Bukan sekadar 'tunggang' liabiliti... Ini cara buat duit guna motosikal
Sebenarnya terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan menggunakan motosikal milik anda sendiri...

Hobi kumpul koleksi bangkai nyamuk, menarik atau aneh?
Pengguna Twitter menjadi sensasi media sosial selepas mendedahkan dia menyimpan nyamuk yang dibunuhnya.