SABAK BERNAM: Seorang pengusaha sebuah hotel di sini menyimpan kira-kira 500 koleksi telefon bimbit lama yang pernah popular suatu masa dulu.
Azizol Dollah, 49, memiliki koleksi telefon bimbit bukan pintar antaranya jenis Nokia 3210, Nokia 2210, Nokia 6150, Motorola D688, Motorola Micro 168VA, Ericson S868, Samsung N188 dan Motorola DB890 Dual Band.
Menurut Azizol, kebanyakannya koleksi itu dibelinya sendiri semasa bekerja di sebuah hotel di ibu kota kira-kira 30 tahun lalu.
"Saya terlalu obses untuk memiliki telefon bimbit pada masa itu dan menyimpan duit bagi memenuhi hobi berkenaan," katanya ketika ditemui pada Isnin.
Menurut Azizol, minat sama dikongsi isterinya, Norzahidah Bakar, 37, yang bersama-sama menyimpan koleksi telefon itu yang kini secara puratanya bernilai kira-kira RM200,000.
"Pada waktu itu, telefon bimbit lama memang mahal hingga harganya mencecah ribuan ringgit, tetapi akibat taksub dengan kecanggihan teknologi masa itu kami usahakan memilikinya," jelasnya lanjut.
Beliau memberitahu, telefon bimbit lama mempunyai kelebihan tersendiri dari segi reka bentuknya yang unik dan mudah dikenali.
"Paling penting, kelebihan telefon bimbit lama lebih lasak, bateri tahan sehingga seminggu selain diiringi permainan asas Snake, Space Impact dan Bantumi," jelas Azizol.
Katanya, kebanyakan telefon bimbit lama dipenuhi butang pada peranti berbanding telefon pintar pada masa sekarang yang menggunakan skrin sentuh.
"Kalau dulu, telefon bimbit ini boleh dilihat pelbagai bentuk dan diberikan nama lain lebih mudah antaranya sabun, daun, sembilu, nokia pisang dan nokia tiga tiga sekupang," tambahnya.
Bagaimanapun Ujar Azizol, minatnya mengumpul telefon bimbit semakin berkurang selepas kemasukan telefon pintar pada sekitar tahun 2009.
Katanya, koleksi itu kini disimpan di rumah dan dicadang untuk dipamerkan di ruang hotel yang diusahakan secara bersama dengan seorang rakannya.
"Saya berharap suatu hari nanti anak cucu saya dapat mengenali telefon lama ini yang kini boleh dianggap koleksi antik yang mempunyai nilainya tersendiri.
"Jauh dari sudut hati, saya juga menyimpan hasrat untuk meletakkan koleksi ini disudut pintu masuk hotel sebagai tarikan pengunjung yang singgah dan bermalam di sini," kata bapa enam anak berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 12 2023

Azizol menunjukkan pelbagai jenis koleksi telefon bimbit lama yang masih dalam simpanannya pada masa kini. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.

Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.

Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami
Pasangan yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan itu dipercayai bertengkar beberapa jam selepas menghadiri perlawanan besbol, antara Cardinals dan Cubs, di Stadium Busch di St. Louis, Missouri.

Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul
Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM)hari ini.

Lorong pejalan kaki bagi 'zombie telefon bimbit' diwujudkan di China
Dua laluan diasingkan dengan garisan putih yang bertulis "telefon bimbit - berjalan di lorong ini atas risiko anda sendiri" dan satu lagi lorong "tidak menggunakan telefon bimbit-.

Guna kasut untuk mengecas telefon bimbit
Seorang pelajar sekolah menengah di Filipina, tampil dengan idea bijak apabila dilaporkan berjaya menghasilkan tenaga dari sepatu.