Setiap kali tiba bulan Ramadan, para pengusaha serunding di sini biasanya tidak menang tangan melayani permintaan pelanggan yang mahukan hidangan itu sebagai juadah istimewa pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Serunding atau turut dikenali sebagai 'sambal daging' di Kelantan, adalah hidangan amat popular malah digemari oleh seluruh penduduk Malaysia kerana amat sesuai dimakan dengan ketupat dan lemang, terutama semasa sambutan Hari Raya.
Bagi pengemar serunding, kawasan sekitar Kampung Laut, di sini, adalah kawasan pengeluar serunding paling popular dan sudah terkenal sejak beberapa dekad yang lalu, dan salah satu darinya adalah RS Serunding yang terletak di Taman Warisan, di sini.
Diasaskan pada tahun 1985, Serunding Ramlah Salleh (RS) Serunding adalah antara jenama terkenal pengusaha serunding di Kampung Laut, Kelantan.
Menurut pengusaha, Zulhimidatuldaiah Mohd Shahimi, 34, RS Serunding adalah perusahaan yang diasaskan oleh ibu mentuanya, allahyarham Ramlah Salleh tetapi kini diteruskan oleh beliau dan suaminya, Mohd Farhan Ramli, 34, dan dibantu oleh sanak saudara yang lain.
Beliau berkata perusahaan ini sebenarnya bermula pada 1985 di sebuah bangunan yang terletak di tepi Sungai Kelantan dekat Kampung Laut.
"Sesuai dengan peredaran masa, kilang dan kedai RS Serunding kini beroperasi di kawasan penempatan semula penduduk yang dipindahkan dari tepi Sungai Kelantan apabila kerajaan membangunkan kawasan itu untuk pelancongan.
"Di tempat baru sebenarnya memberi rahmat lebih besar kepada RS Serunding kerana tempat sekarang berhampiran dengan jalan utama Palekbang - Kampung Laut, yang mudah dilihat pengguna jalan raya yang lalu lalang di kawasan itu," katanya.
Jelasnya RS Serunding mementingkan kualiti dan citarasa asli serunding yang dihasilkan adalah berasaskan santan, bawang, halia dan ketumbar.
"Jenis serunding yang dihasilkan ialah serunding daging (daging tempatan dan import), serunding ikan dan serunding ayam yang mempunyai rasa dan aroma yang berlainan," katanya.
"Permintaan terhadap produk RS Serunding memang tinggi, terutama pada masa bulan puasa dan perayaan. Buat masa sekarang kami sudah tidak menerima tempahan kerana mahu menyiapkan tempahan awal yang diterima sebelum Ramadan lagi," katanya.
Katanya dalam sehari RS Serunding menggunakan RM300 kilogram daging, 70 kg ikan dan 48 kg ayam bagi memenuhi permintaan pelanggan.
"Proses membuat serunding memang memenatkan walaupun kini ramai yang menggunakan mesin berbanding mengacau.
"Bagi 20 kg daging biasanya masa diperlukan adalah selama dua jam. Bila sudah masak biasanya akan disejukkan selama sejam dan dipaketkan. Bagi sekilogram serunding daging tempatan kami menjualnya dengan harga RM60, daging import (RM50), ayam (RM50), dan ikan (RM40)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2019

Zulhimidatuldaiah Mohd Shahimi, 34, menunjukkan serunding yang sudah siap dimasak di bengkelnya di Kampung Laut pada Khamis. - Bernama

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus sempena Aidilfitri
Pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan menyokong rakyat yang merancang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.