Perkhidmatan beca akan diperkenalkan semula di Ipoh sebagai tarikan pelancongan terbaharu sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata kali terakhir perkhidmatan beca ada di Ipoh adalah pada 2005 dan kali ini beca yang disediakan adalah unik kerana ia telah dimodenkan.
"Jika perkhidmatan ini mendapat sambutan daripada pengunjung di Ipoh, kami bercadang memperkenalkannya di Taiping kerana bandar itu memiliki bangunan warisan sejarah selain terdapat Taman Tasik Taiping.
"Ketika ini kebanyakan hotel turut memberikan perkhidmatan itu secara percuma sekiranya menginap di hotel mereka," katanya selepas melancarkan perkhidmatan tersebut di Riverwalk di sini, hari ini.
Perkhidmatan beca itu disediakan M Bike Sdn Bhd kepada pengunjung yang ingin bersiar di lokasi menarik di sekitar bandaraya Ipoh.
Pengarahnya Camees Foong berkata perkhidmatan yang telah bermula pada 1 Sept lalu itu memperkenalkan tiga pakej iaitu satu perjalanan, laluan warisan dan sewa khas.
"Bagi pakej satu perjalanan, pengunjung akan menaiki beca dari satu lokasi ke satu lokasi lain dengan bayaran RM6 manakala laluan warisan yang berharga RM30 akan melalui 26 lokasi pelancongan di Ipoh selama 45 minit.
"Pakej sewa khas pula akan membawa pengunjung ke mana-mana destinasi dengan jarak 10 kilometer hingga 15 kilometer dengan kadar bayaran RM50," katanya.
Menurut Foong, perkhidmatan dari pukul 9 pagi hingga 12 malam setiap hari itu, bermula dari tiga lokasi iaitu Kinta Riverfront, Stesen Keretapi Ipoh dan Restoran Plan B.
Dalam perkembangan lain, Nolee Ashilin berkata Kinta Riverfront yang kini dikenali sebagai Tourism Riverside, menyediakan beberapa kedai berunsurkan pelancongan seperti kedai menjual cenderamata.
"Terdapat juga kedai Persatuan Pelukis dan Persatuan Pemandu Pelancong yang menyediakan pusat penerangan berkaitan destinasi pelancongan di Perak.
"Selain itu, kita menyediakan gerai makan dan persembahan buskers dan kebudayaan pada sebelah malam untuk menghiburkan pengunjung," katanya.
Bernama
Sun Sep 18 2016

Perkhidmatan beca akan diperkenalkan semula di Ipoh sebagai tarikan pelancongan terbaharu sempena Tahun Melawat Perak 2017. -Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.

16 jalan di Ipoh ditutup sempena perbarisan Hari Kebangsaan
Jalan-jalan itu akan ditutup pada 27, 29 dan 31 Ogos ini, mulai jam 6.30 pagi sehingga selesai program.

Hujan lebat, angin kencang landa Bandaraya Ipoh
Antara yang tumbang adalah Pokok Ipoh yang ditanam sejak 37 tahun lalu di hadapan Stesen Keretapi Ipoh di sini.

"...kecuali sari" disalah erti, sebenarnya boleh pakai sari, jelas MBI
Menerusi satu kenyataan media, MBI menjelaskan bahawa pihaknya tidak melarang kakitangannya memakai sari seperti yang ditulis dalam kad jemputan, malah ia merupakan satu konteks yang disalah faham.