Keistimewaan Malaysia mempunyai pelbagai kaum hidup secara aman dan harmoni tidak perlu diceritakan lagi dan suasana itu dapat dilihat di Jalan Kalsom di sini.
Aroma bau rempah ratus dan pelanggan dari pelbagai kaum dilihat keluar dan masuk di restoran itu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih bersatu dan mempunyai banyak persamaan yang boleh dikongsi bersama termasuk hidangan masakan India-Muslim yang dikenali sebagai Nasi Vanggey.
Kedai makan Nasi Vanggey diusahakan oleh seorang India Muslim di sebuah kedai kopi milik seorang Cina, Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan, yang dibuka sejak 1959, selepas dua tahun negara merdeka.
Pemilik kedai kopi dan pengendali makanan itu saling melengkapi antara satu sama lain dengan menyediakan makanan berlauk dan minuman untuk semua bangsa.
Tempat itu juga bukti wujudnya keharmonian, keamanan dan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.
Begitulah ia beroperasi sehingga sekarang, hanya ia kini lebih dikenali sebagai 'Nasi Vanggey'. Vanggey dalam bahasa Tamil bermaksud 'datanglah'.
Nama negeri terkenal
Pemilik bangunan itu sekarang, Ang Kuang Ngiap, 66, berkata restoran itu dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Ia ditutup selama empat hari masing-masing pada Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina manakala masing-masing sehari pada Hari Raya Aidiladha dan perayaan Qing Ming.
Jelas beliau mendiang ayahnya Ang Pang Piew membuka kedai kopi berkenaan bersebelahan gerai nasi kandar dan sudah menjadi kebiasaan pada masa itu pelanggan akan memesan air di kedainya apabila menikmati nasi kandar.
"Dahulu zaman 60-an depan sini ada stesen bas, ramai askar dari kem Tambun yang datang mahu ke pekan Ipoh akan datang makan di sini order nasi sebelah dan air di kedai ini.
"Masa zaman itu lagi orang sudah biasa makan sini," katanya ringkas kepada Bernama.
Bagi pengurus Nasi Vanggey Mohammad Nihmathullah Syed Mustafa pula yang mewarisi daripada arwah moyangnya berkata beliau bersyukur keistimewaan nasi kandarnya membolehkan nama negeri Perak terkenal malah membuatkan rakyat di sini dapat bersatu.
"Hari-hari semua bangsa ada datang, bukan sahaja orang Malaysia tetapi orang luar negara juga datang seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan banyak lagi.
"Satu hari saya perlukan 80 hingga 90 ekor ayam, 12 kilo daging lembu dan 50 kilogram beras untuk masak bagi 900 ke 1,000 pelanggan yang berkunjung ke sini," katanya.
Makanan kegemaran
Mohammad Nihmathullah berkata lauk kegemaran pelanggan setianya adalah ayam masak merah, daging masak kicap dan sambal kelapa dari resepi turun temurun.
"Resepi rahsia ini yang tahu hanya beberapa orang sahaja sebab itu tukang masak sekarang seorang sahaja dan beliau jugalah bakal pewaris kedai ini iaitu Tameem Siddik yang juga generasi keempat," katanya.
Selain menjadi kegemaran orang tempatan dan pelancong dalam dan luar negara nasi vanggey Mohammad turut digemari Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Rosmah Mansor.
"Kedai ini ramai orang besar pernah datang, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Michelle Yeoh, wakil kerajaan Singapura, dan banyak lagi.
"Tetapi yang paling istimewa Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah selalu kalau mereka datang ke Perak dia akan pesan nasi vanggey dan saya akan hantar secara peribadi kepada dia," katanya.
Jelasnya lagi, beliau tidak pernah dan berhasrat untuk membuka mana-mana cawangan lain walaupun pernah mendapat pelawaan dari ramai pihak.
"Jika orang kenal Nasi Vanggey orang akan ingat Ipoh, jadi orang akan datang Perak saya tak akan buka cawangan lain sebab mahu dia jadi special hanya di Ipoh sahaja boleh dapat rasa Nasi Vanggey," katanya.
Sementara itu, Chan Dee Lee, 47, Pegawai Pemasaran dari Pulau Pinang berkata beliau baru pertama kali datang ke kedai itu selepas dicadangkan oleh kawannya dari Ipoh.
"Saya dari Pulau Pinang mahu ke Kuala Lumpur dan singgah ke Ipoh semata-mata untuk makan di kedai ini selepas kawan saya cadangkan kerana katanya ini kedai wajib singgah," katanya.
Selain itu, Khairol Najmi Roslan, 26, anggota polis yang berasal dari Perlis berkata beliau telah menjadi pelanggan setia kedai itu sejak 10 tahun lepas.
"Hari-hari saya akan datang makan di sini dan makan lauk yang sama iaitu nasi putih, ayam masak merah, udang galah masak kari," katanya.
Bagi Muhammad Danish Numan Ismail, 21, pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Ipoh berkata selain makanannya istimewa dan mengikut cita rasa, kedai itu juga dianggap istimewa.
"Boleh dikatakan kedai ni lain dari yang lain kerana kedai Cina dan mamak di nbawah satu bumbung, pelanggan lain-lain bangsa. Memang kedai mamak lain pun macam ni tapi tak selalu kita boleh tengok orang tak kenal pun boleh duduk semeja disebabkan tempat duduknya terhad jadi memang susahlah nak cari situasi macam ni," katanya.
Bernama
Tue Sep 06 2016
![Perpaduan rakyat Malaysia di sebuah restoran Perpaduan rakyat Malaysia di sebuah restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51473090607_KedaiKopiYongSuan.jpg)
Pemilik kedai kopi dan pengendali makanan itu saling melengkapi antara satu sama lain dengan menyediakan makanan berlauk dan minuman untuk semua bangsa. -Foto Twitter @TravelingBraces
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![Perpaduan rakyat Malaysia di sebuah restoran Perpaduan rakyat Malaysia di sebuah restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51473090607_KedaiKopiYongSuan.jpg)
Perpaduan rakyat Malaysia di sebuah restoran
Kedai makan Nasi Vanggey diusahakan oleh seorang India Muslim di sebuah kedai kopi milik seorang Cina, Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan, yang dibuka sejak 1959.