SEMAKIN banyak laporan yang menunjukkan bilangan serangga sedang menurun dengan ketara, dedah kajian yang dilakukan oleh portal The Conversation.
Kehilangan biodiversiti serangga meletakkan fungsi ekologi penting ini dalam risiko, mengancam mata pencarian manusia dan keselamatan makanan. Namun di seluruh pelosok dunia, terdapat jurang dalam pengetahuan kita tentang skala sebenar dan penurunan jumlah serangga.
Kebanyakan maklumat datang daripada data yang dikumpul di kawasan tertentu, terutamanya Eropah dan Amerika Utara. Sebagai contoh, kehilangan pendebunga telah dikenal pasti di Great Britain, rama-rama mengalami penurunan dalam bilangan antara 30 dan 50 peratus di seluruh Eropah, manakala pengurangan 76 peratus dalam biojisim serangga terbang dilaporkan di Jerman.
Kehilangan habitat diketahui sebagai ancaman utama kepada biodiversiti, namun kesannya terhadap serangga belum dikaji secara terperinci, dan penilaian spesies tropika sangat jarang berlaku. Satu kajian mendapati bahawa lebah orkid yang bergantung kepada hutan di Brazil telah merosot dengan banyaknya sekitar 50 peratus.
Lebah orkid, yang hanya terdapat di benua Amerika, adalah pendebunga penting bagi bunga orkid, dengan sesetengah tumbuhan bergantung sepenuhnya kepada serangga ini untuk pendebungaan mereka.
Menambah cabaran ialah penebangan hutan dan perubahan habitat jangka panjang, ialah perubahan iklim. Ancaman yang timbul terhadap biodiversiti serangga ini dikaitkan dengan penurunan rama-rama di Costa Rica dan lebah di Eropah dan Amerika Utara. Peningkatan suhu dan peningkatan kekerapan kejadian cuaca ekstrem, seperti kemarau, hanyalah dua manifestasi yang diketahui mempunyai kesan berbahaya kepada banyak spesies serangga.
Diramalkan bahawa perubahan iklim akan memberi kesan yang sangat besar di kawasan tropika planet ini. Suhu di kawasan tropika secara semula jadinya agak stabil, jadi serangga kebiasaannya tidak bersedia menghadapi perubahan pantas dalam suhu seperti yang berlaku kini.
Kekurangan data juga satu masalah besar kerana hampir semua data yang ada datang dari hanya beberapa kumpulan serangga yang dikaji - khususnya, rama-rama dan lebah - manakala banyak kumpulan lain tidak begitu mendapat perhatian.
Untuk menyokong lebih banyak biodiversiti serangga dalam persekitaran tempatan, kita boleh menanam pelbagai tanaman untuk menarik serangga, mengurangkan jumlah racun perosak yang digunakan dan mengurangkan kekerapan memotong rumput.
Selain itu, masyrakat juga boleh membuat pertimbangan berkenaan pilihan yang dibuat sebagai pengguna. Sebagai contoh, membeli kopi atau koko yang ditanam di tempat teduh akan memastikan impak yang lebih rendah terhadap biodiversiti berbanding tanaman yang ditanam di tempat terbuka.
Sementara itu, kerajaan, organisasi awam dan swasta harus mempertimbangkan dengan lebih teliti kesan tindakan dan dasar mereka terhadap serangga. Ini termasuk pertimbangan wajar terhadap kepelbagaian biologi dalam dasar dan perjanjian perdagangan, dan memastikan produk tidak diperoleh daripada kawasan yang dikaitkan dengan kadar penebangan hutan yang tinggi.
Astro Awani
Mon Apr 25 2022

Penurunan biodiversiti serangga meletakkan fungsi ekologi penting ini dalam risiko, mengancam mata pencarian manusia dan keselamatan makanan. - Foto AP
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia
SFA pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, "mealworm", ulat sutera, dan lebah madu.

Selepas asap kebakaran Kanada, penduduk New York rimas dihurung serangga halus
Serangga halus yang memenuhi ruang udara itu benar-benar membuatkan orang ramai berasa rimas hingga mengganggu aktiviti seharian mereka.

'Gila serangga' sejak usia tujuh tahun, Nazim kumpul puluhan mentadak unik
Baginya, minat mengumpul dan memelihara mentadak di rumah memberikannya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan.

Perubahan iklim cetus penurunan ketara dalam bilangan serangga
Penurunan biodiversiti serangga meletakkan fungsi ekologi penting ini dalam risiko, mengancam mata pencarian manusia dan keselamatan makanan.

Serbuk cili penuh serangga
Melihat begitu banyak serangga yang bergerak di dalam bekas serbuk cili itu menyebabkan mereka langsung hilang selera makan.

Belalang goreng berempah dapat permintaan tinggi
Permintaan tinggi terhadap makanan eksotik itu membuka peluang rezeki buat dua beradik Emi Zuhaida Husain dan adiknya Emi Zuhaika Husain.

Herpetofobia jadi inspirasi hasilkan produk halau serangga, reptilia
Serai wangi adalah bahan organik terbaik dan praktikal serta mesra alam untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam produk penghalau serangga.

Mengadu sakit telinga, rupanya ada serangga berbisa tersekat
Seorang doktor di Luc Ngan, utara Vietnam berjaya mengeluarkan seekor serangga berbisa yang tersekat dalam salur telinga seorang wanita.

Sedia untuk bingit! Selepas 17 tahun, berbilion telur makhluk ini bakal menetas
Penetasan riang-riang yang dipanggil Brood X itu, bakal terjadi apabila tanah musim bunga yang semakin hangat mencapai paras suhu tertentu.

Spesies baharu cengkerik dinamakan sempena PM New Zealand Jacinda Ardern
Spesies baru cengkerik itu diberi nama Hemiandrus Jacinda kerana berwarna merah parti buruh dan 'berkaki panjang'.