Pun begitu, acap kali kita mendengar keluhan mereka yang ‘plus size’ ini sukar untuk mencari pakaian yang bersesuaian, tidak seperti mereka yang ramping.
Jangan risau, ini sedikit tip yang boleh anda aplikasikan untuk menyerlahkan lagi gaya dan keyakinan, sekali gus membantu anda mendapatkan pakaian diidamkan dengan pelbagai pilihan rekaan, perincian, warna dan trend terkini.
1. Pemilihan warna


Jangan takut untuk menggayakan satu warna sahaja, beranikan diri untuk memakai pelbagai warna yang bold tetapi jangan keterlaluan.
Selagi ia mampu menyerlahkan warna kulit anda, carry on!
2. Motif


Cuba mengelakkan untuk memakai corak berselerak, penuh dan tidak seimbang seperti ropol yang berlebihan.
Ia mungkin membuatkan anda kelihatan sarat.
3. Potongan

Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau meletakkan hiasan yang melampau pada bahagian tidak sepatutnya.
4. Material

Pilihlah material yang lembut dan tidak melemaskan apabila dipakai.
Tetapi tidak terlalu bersinar dan cuba mengelakkan daripada fabrik yang suka melekat pada tubuh.
5. Aksesori

Jangan gayakan aksesori dengan saiz yang tidak sesuai mengikut skala badan sehingga kelihatan tidak harmoni pada tubuh.
Contohnya, memakai rantai yang besar yang menyaratkan bahagian leher.
Akhir sekali, semua orang bebas menggayakan apa juga fesyen dan tidak menjadikannya satu diskriminasi, terutama tanggapan orang ramai bahawa tubuh langsing itu sempurna manakala yang berisi sebaliknya.
Kita perlu mewujudkan fesyen untuk semua, tanpa memberikan batas untuk bentuk tubuh tertentu, seterusnya mengiyakan diskriminasi terhadap golongan tersebut.
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.
**Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!