Kegilaan masyarakat global terhadap permainan baharu telefon pintar dalam talian Pokemon Go mungkin mendatangkan kemudaratan serta ancaman jika ia tidak diawasi dan pengguna menjadi obses.
Pengarah Onemyr Awareness Management Mohd Ridzman Azzahari berkata masyarakat harus dilengkapi dengan ilmu mengenai kaedah terbaik untuk bermain permainan ini dan tidak menyalahgunakan WiFi awam untuk kegunaan peribadi termasuk bermain Pokemon Go, terutamanya di pejabat kerajaan.
"Perlu ada satu garis panduan yang menetapkan kawasan larangan untuk bermain permainan ini seperti dilakukan negara jiran. Adakan larangan bermain di pejabat pentadbiran kerajaan atau kawasan pasukan keselamatan.
"Selanjutnya, jalankan kajian mengenai tahap obses pengguna dan masalah yang mungkin timbul disebabkan permainan ini.
"Dengan cara ini, kita akan mempunyai kawalan yang lebih berkesan terhadap permainan ini. Kita tak boleh jadikan negara lain sebagai contoh untuk kita terus menghukum dengan mengharamkan permainan ini," katanya kepada Bernama.
Mengulas mengenai ancaman permainan ini kepada keselamatan negara, Mohd Ridzman yang juga Perunding Teknologi Maklumat tidak menolak kemungkinan ia akan memberi kesan sekiranya pengguna menggunakan WiFi pejabat pentadbiran kerajaan dan pasukan keselamatan.
"Aplikasi permainan seperti Pokemon Go ini memerlukan capaian internet dan sudah tentu pekerja akan menggunakan WiFi di premis untuk bermain.
"IP (Internet Protokol) address WiFi di premis berkenaan akan terdedah jika digunakan untuk bermain permainan ini dan memudahkan penggodam untuk mendapatkan maklumat penting kerajaan untuk pelbagai tujuan.
"Paling penting di sini ialah jangan salah gunakan WiFi pejabat untuk apa sahaja tujuan peribadi, bukan hanya bermain Pokemon Go semata-mata. Perlu ada pemantauan pihak berwajib dalam aspek ini," katanya.
Beliau berkata terdapat kemungkinan maklumat akan dijual dan dijadikan berita sensasi untuk kepentingan individu tertentu.
"Sudah tentu akan ada pihak yang mungkin cuba 'menangguk di air yang keruh' disebabkan populariti Pokemon Go dan kita perlu adakan pengawasan sebelum ia menjadi lebih buruk," katanya.
Pada 25 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Malaysia tidak membantah atau menghalang kemasukan aplikasi permainan, Pokemon Go ke negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata aplikasi permainan maya itu akan dihalang penggunaannya jika didapati mempunyai unsure perjudian dan pengintipan yang mengancam keselamatan negara.
Sementara itu, jurucakap CyberSecurity Malaysia yang enggan namanya didedah menyarankan pengguna melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan serta tatacara penggunaan Internet dan aplikasinya secara positif.
"Pengguna harus beretika dan berhemah demi memastikan keselamatan diri dan juga maklumat yang disimpan di dalam peranti digital mereka," katanya.
Aplikasi yang direka oleh syarikat Niantic Incorporation daripada Nintendo Amerika Syarikat (AS) mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 75 juta orang memuat turun aplikasi permainan itu di Play Store dan App Store.
Pokemon Go yang mencetuskan kontroversi itu mula boleh dimuat turun di Malaysia pada Sabtu lepas.
Bernama
Mon Aug 08 2016

Pokemon Go yang mencetuskan kontroversi itu mula boleh dimuat turun di Malaysia pada Sabtu lepas.

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.

Peningkatan pesakit susulan, tidak rujuk waktu temu janji punca Klinik Kardiologi HSIS sesak
Kesesakan di Klinik Kardiologi HSIS Serdang, Selangor dikenal pasti berpunca daripada peningkatan pesakit susulan yang tidak hadir temu janji pada Selasa minggu sebelumnya.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.

FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump
FBI menyedari banyak ancaman bom dan insiden 'swatting' yang menyasarkan calon dan pelantikan pentadbiran baharu.

Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.

Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.

Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.

20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.

Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.

Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."

Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.